Idea Gila

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Satu sesi

Baiklah, ini mungkin kedengaran agak lunatik sedikit, tapi saya telah lama menimbang-nimbang perkara ini dalam kepala dan sangat berharap boleh dilaksanakan. Untung saya sudah menjadi mas`ul lajnah akademik dan tarbiyah, maka semakin mudahlah untuk melaksanakan aktiviti ini. Aktiviti apa?

Semua kawan saya mungkin kenal benar dengan sikap yang saya letakkan pada politik, kan? Kerana wujudnya perbezaan budaya dan latar belakang peribadi antara manusia (khusus: Muslim) dalam maktab saya, maka wujud jugalah variasi pemikiran politik. Begini: apa kata, dianjurkan sesi pertukaran/perkongsian idea mengenai politik di maktab?

Tujuan dan keperluan

Banyak masalah wujud hasil percanggahan pemikiran politik, dan lebih banyak permusuhan terjadi apabila kita tidak memahami dasar dan sebab perbezaan tersebut. Seperti contoh, berkenaan hudud. Perdana Menteri mengatakan tidak akan melaksanakan hudud, lalu sesetengah pihak mentakfirkan beliau. Mereka tidak melihat tiada sebab pentakfiran tersebut, kerana beliau masih mengiktiraf hudud sebagai hukum Tuhan. Cuba lihat balik video.

Contoh lain, baru-baru ini; berkenaan doa memusnahkan BN. Saya dengan semangat berapi mengutuk tindakan sedemikian, mengatakan perbuatan tersebut tiada dalam Islam. Sedangkan kalau dirujuk beberapa `ulama yang boleh dikatakan mahsyur dan rajih, perbuatan tersebut disandar pada sanad-sanad yang thiqah. Maka menebal mukalah saya memohon maaf. Hahahaha, padan muka.

Apapun, dengan aktiviti ini, bukanlah akan terbuka luas platform bagi kita menyuarakan pendirian dan menerangkan dasar serta hujah-hujah yang menyokong pendirian kita? Bukankah setelah mengenal pasti perbezaan ini, jiwa jadi aman dari syak mahupun fitnah, lantas memberlakukan lagi perpaduan? Bukankah dengan aktiviti sebegini, kita boleh saling memperbetulkan kekhilafan?

Bukanlah berniat menyemarakkan api kepartian, atau meluaskan jurang perhubungan, namun ikhlas untuk memberi peluang belia bersuara. Sudah tiba masanya pentas siyasah belia (yang sudah berhabuk) dinaikkan semula tirainya, intai akal hati. Amacam, okeh kaa idea?

Deraf

Apapun, semuanya sekadar deraf, akan dibincang dengan ahli mas`ul nanti. Saya mempunyai kesedaran yang ia menyalahi Akta AUKU yang tidak membenarkan mahasiswa/mahasiswi melibatkan diri dalam politik dan mungkin tidak diluluskan. Tetapi jika kita dapat meyakinkan pihak atasan akan keberuntungan dari aktiviti sebegini, dan meyakinkan bahawa yang dibincangkan berkait isu agama (kerana politik sebahagin dari persoalan agama), tanpa menyentuh sensitiviti perkauman/keagamaan, mungkin ada harapan.

(OMA, dari manalah datang idea gila ini. Hahahaha :D)

Comments

mizreena said…
mnada gila, ok ni bha kan... aku pun pernah terfikir benda yg sama. kumpul ramai2 adakan diskusi pasal politik, pandangan setiap orang etc2. bagus utk aku yg tinggal bawah tempurung ni. at least dapat tadah ilmu dorang sikit. tapi tu la susa jga. anyway, semoga program ni berjaya !
Sven Medyona said…
Pernah menjadi panel untuk sebuah diskusi politik tidak formal. Ruginya saya tidak diberikan ruang untuk bercakap melainkan kurang lima minit.

Sejak hari tu, menyimpan 'dendam'. Hey, kita bukannya hendakkan perpecahan. Malah, semakin kuranglah perpecahan kalau kita saling memahami satu sama lain, kan?

Popular Posts