Tidak Kekal

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

"The world is like one, giant machine. You can never be not a part of it, you're here for a reason..."

Di atas adalah petikan kata-kata Hugo dalam filem 'Hugo'. Ini yang saya suka pasal filem-filem sebegini. Ia banyak ajar tentang hidup. And anyone who know me are dang notified by how fanatic I am in learning such things. Saya suka filem 'Hugo' tambahan kerana ceritanya serius mendalam. Pada bahagian peleraian, saya terasa ingin menangis. Sedih. (pos ini bukan untuk review filem sebenarnya)

Dalam falsafah, persoalan kewujudan disebut sebagai ontologi. Saya tidak akan berbahas panjang pasal itu, sebab ilmu sudah susut sedikit. Macam malu pula kalau tersalah tulis. Tapi untuk benar-benar menggambarkan luas dan pentingnya persoalan ini, satu caranya adalah dengan menanyakan: "Untuk apa aku di/ke sini?"

Persoalan ini sudah lama menghantui manusia. Bahkan saya berani kata, dalam berjuta-juta persoalan di muka bumi ini, baik yang telah ada mahupun yang bakal dirangka, inilah soalan paling menyakitkan hati manusia, menyebabkan mereka rebah dalam tangisan, atau terjatuh berlutut dengan gementar. Bukan gementar dengan apa, tetapi gementar dengan kesingkatannya. Dari persoalan pertama, terpacul persoalan seterusnya: "Sampai bila lagi aku di sini?"

Saksikanlah bahawa hidup di dunia ini pendek, mati itu dekat dan akhirat itu pasti. Dua persoalan ini harus digantung pada kepentingan ukhrawi, kerana dunia mustahil boleh memuaskan tuntutan-tuntutan yang ada bercambah di bawahnya. Seperti mana pentingnya ia, begitulah juga sama penting untuk ia dijawab.

Seorang ateis boleh saja menolak untuk tidak mahu menjawab, namun barang diingat; yang ditempuhi adalah keselesaan yang tidak kekal. Macam jawab soalan peperiksaanlah:- kamu boleh pilih untuk tidak mengisi tempat-tempat kosong dengan jawaban, namun mustahil untuk bersemuka dengan keputusan gagal kamu. We're done with atheism.

Jadi, apa jawabannya? Kalau mukmin yang sejati, pasti Surah Zaariyat ayat ke-56 jadi resolusi pertama dan utama. Saya tidak pasti kalau kepercayaan lain, tapi maksud umum semua jawaban golongan beragama lain akan jadi lebih kurang saya rasa. Tuhan berfirman, "Tidak aku jadikan manusia dan jinn melainkan untuk beribadah kepadaku."

Comments

Popular Posts