Kompleksiti

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Uhm. Uhm, uhm, uhm. Things have gotten a bit complicated around here. Banyak kisah-kisah terpendam, perasaan yang tersimpan, kisah yang tertanam mulai mendedahkan diri mereka. Lucu, banyak yang lucu. Sweet lagilah. Dengan Bro Nad asyik-asyik dengan lagu background sedihnya, saya layan pendedahan demi pendedahan emosional ini dengan kegembiraan. Seronok kowt, bila dapat tahu begini dan begitu. Ah kawan-kawan, what am I without you guys? Ahahaha.

Yang mengejar destini

Buat yang mengejar masa depannya dengan/terhadap seseorang, teruskan mengejar. Kalau kau kuat, dia akan toleh juga akhirnya nanti. Cuba dengar lagu Shania Twain (eh, saya dengar muzik dia, okay? I'm a pop-rocker), "Love comes to those who believe in it~". Jangan putus asa; kejar. Lari. Kalau perlu, merangkak.

Cinta tidak semudah ABC atau 123. It's quite cliche, but, that's the best explanation there is. Kamu kena lakukan sesuatu luar biasa yang boleh melayakkan dirimu untuk menjadi pasangannya. Saya ada dekat lima, enam sahabat dengan kisah romantik berbeza; saya raikan semuanya. Semoga Tuhan pelihara kamu dari maksiat dan buka jalan munakahat. Hahahaha

Yang lari dari kenyataan

Yang ini untuk saya mungkin. Banyak kenyataan, luahan yang terpaksa saya hadapi. Untuk ketika ini, alhamdulillah, berjaya lepasi semula. Cuma rasa bersalah ada. Rasa bersalah kerana tidak mampu memberikan apa yang orang expect dari saya. Bukan mahu mengangkat bakul sendiri, cumanya... ahh! Kamu tidak akan faham perasaan itu. Apalagi yang melibatkan suatu keputusan yang akan kekal untuk seumur hidup.

Lagi satu, FYI: di Tawau (despite it's beauty and all wonderful tales I've written about it) saya tiada kawan di sana. Kawan yang rapat pun (namanya David. Dia yang panggil saya Sven), saya jumpa kali terakhir dekat setahun lebih. Jadi, kamu boleh lihat rasional saya obses gila dengan kawan-kawan yang saya ada di sini. Kerana setiap kali cuti, saya akan sendirian lagi. Ah, pasal kawan lagi.

Yang mahu membuka lembaran baharu

Ketahuilah bahawa ia memerlukan kekuatan yang lebih banyak untuk bangkit semula berbanding bermula dari awal; ia memerlukan lebih banyak kecekalan untuk bertahan berbanding membina apa yang patut kaupertahankan. But against all odds, kau berjaya ke sini. Tempat kau bermula semula. Tempat di mana, hanya juara akan kenal simpang-siur lorongnya. Kamu hebat, enough said. Sekarang lari!

Lari! Pecut dirimu ke angkasa yang kamu percaya boleh kamu benderangi. Kepak sayap kamu, kepakkan ia kuat-kuat. Dunia sedang menantikan appearance-mu. Kamu malaikat. No, kamu lagi hebat dari malaikat. Sang pengembara, kamu sudah sedia. Saya dedikasikan satu subseksyen ini hanya untuk kamu. Pecutlah kepada bintangmu, my son. Ahahaha :)

Comments

Popular Posts