Nasi Minyak, Pelamin Krim & Kawan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Buat kawanku yang mahu kahwin, cepat-cepatlah kahwin. Saya kempunan makan nasi minyak. Sudah lama tidak menjamah nasi minyak. Nak timang anak kau, main dengan jari mulusnya. Nak jadi tetamu jemputan yang duduk di barisan hadapan sekali, teasing kamu. Saya akan jadi manusia paling berbangga dengan kamu. Masa saya melangkah masuk ke dalam dewan, paluan kompang terdengar sedang bertemasya. Fuh-macam saya pulak pengantinnya.

Bila saja masuk, langsung saya nampak kamu. Bersut tuksedo putih, kasut putih, rambut tersikat rapi dengan bedak menumpuk sikit di pipi; bibir selalu senyum, melirik pada si wanita bertuah, kamu nampak awesome. Se-awesome seperti biasanya kamu.. Waah, tema pelamin krim dan putih kamu ikut preferensi saya. Apapun, you look great sitting in front of me, sahabatmu yang bertuah. Senyuman kamu tidak pernah jeda. Lampu limpah selalu menerangi tenda. 

Saya akan ejek kau dengan, "Untunglah, sudah kawenn~", atau, "Waah, dah jadi imam orang kau sekarang, kan?". Hihi. Isteri kau yang berdiri anggun di belakangmu akan tertawa sopan, menundukkan kepala. Saya hampir boleh melihat rombongan demi rombongan manusia datang memberi ucap tahniah. Yalah, kau kan terkenal. Dari jauh, Kak Farahida dan suami sedang sibuk bersalaman dengan tetamu. Nadiah, Farah Musa, Anis Hukhik dan Hetty turut sama berpimpin tangan dengan pasangan masing-masing. Sayang saya masih berpimpinan dengan udara. Hahaha

Lepas itu, acara suap-menyuap. Oh. Kau suap dia, dia suap kau, sangat romantis. Semasa sedang bersuap, tepukan dan gelak ketawa penghargaan kedengaran. Lagu karaoke bersilih-ganti, tetapi harmoni. Semuanya harmoni masa itu. Waah~macam mahu menitiskan air mata pulak saya rasa. Yang sudah berpunya ini, kawanku. Kawan yang pernah berkongsi cerita gadis idamannya (Lisa Surihani dan Neelofa) kepada saya. Dia dah dapat Lisa-nya dan Neelofa-nya. Untunglah~

In one occasion, kamu tanya saya, "Kamu bila lagi, Sven?". Saya tidak terus menjawab, tetapi tidak juga saya tidak menjawab. Diam saya adalah jawapan, dan kamu faham tanda bilamana saya berbuat begitu. Cuba lupakan konflik, saya tarik/ajak kamu ke pentas karaoke untuk mendendangkan lagu. Syahdu kowt, bila kamu umum nak tujukan lagi nostalgik 'Aku Cinta Padamu' pada sang isteri. Dia tersipu-sipu malu di atas dipan. Telapak tangan menutup muka. Dia menangis gembira, saya perasan.

Bajet suara sedap kowt, kamu. Saya nyanyi lagu 'I Won't Give Up', dan orang bertepuk tangan. Saya sedar bahawa, dalam keramaian tetamu, ada seorang yang terasa dengan bait-bait lirik lagu itu. Biarlah. Memang itu tujuan saya. Saya letak mikrofon, peluk kamu dan ucap tahniah. Air mata mengalir. Sudah lengkap perjalanan dewasamu, kawan.

Sebagai penulis, maaflah kalau penulisan saya over-imaginative sikit. Tapi kalau boleh, saya mengharap sangat senario ini berlaku. Kamu dengan Neelofa kamu duduk bahagia di atas takhta raja sehari. Nasi minyak, pelamin krim dan kawan, hmm... saya akan tulis pengalaman berkunjung ke perkahwinan kamu dalam blog ini. Jadi macam karma :)

Comments

Fara Musa said…
=.=" I'm not getting married until you did....remember this siveen mediiyuuna.. Certainly you've been forgotten about that brother.

Popular Posts