Bicara 'Palestine: Valley of the Wolves'

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Semalam ditayangkan filem bertajuk 'Palestine: Valley of the Wolves'. Memandangkan saya jenis yang suka kritik dari puji, maka filem ini tidak lepas dari jemari ganas, kata-kata pedas saya. Apapun, yang bakal saya perkatakan berasas. Saya rasalah.

Ceritanya begini

Tiga orang Turki dengan imuniti datang berbaju formal menceroboh Israel. Ia bukan menceroboh Israel sebenarnya, tetapi melawat Palestin. There is no such thing as Israel state seperti yang ditoleransi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Opps, terpolitik pulak. Lelaki-lelaki ini namanya:- Abdulhey, Memati, Polek Alemdar- adalah komando yang bertugas untuk menuntut kematian para sukarelawan dalam peristiwa Mavi Marmara dengan memburu Moshe ben Eliyezer. Mereka dibantu oleh Abdullah, seorang warga Palestin yang mempunyai keluarga. Juga seorang jurutera.

Polek yang mengetuai kempen memulai aksi dengan ... ah! Bla, bla, bla .... peng, peng, peng ... dum!! Malas nak cerita plot demi plot, tapi intinya mereka berjaya menawan penjara, memusnahkan military base tentera Israel dan menghapuskan warden penjara tadi, bersama-sama Moshe. Banyak strategi, banyak aksi yang boleh buat adrenaline junkies meloncat gembira. Sikit-sikit, tembak.

Masuk kepada bahagian nilai, memang penuh  falsafah emansipasi. Saya suka sangat, sangat filem dengan falsafah. Buat kita berfikir, meskipun setelah melangkah keluar panggung. Alaa, bayar mahal-mahal, kalau keluar hati kosong; apa guna, kan? Tahniah Zubeyr Sasmaz, si pengarah. Oh, beliau kata, filem yang menelan kos $20j ini bukanlah untuk "membalas dendam atas nama Mavi Marmara. Tetapi," katanya, "adalah untuk menunjukkan apa yang terpaksa dilalui warga Palestin saban tahun".

Bahagian paling menyentuh hati semasa Ahmet, anak accomplice tiga komando dari Turki itu, tertimbus hidup-hidup. Kerana ayahnya dikesan melalui CCTV, seluruh keluarga diburu. Anak dan ibu Abdullah dibunuh. Sadis. Di kubur di dalam rumah sendiri, kerana dia tidak mampu menyelamatkan diri (lumpuh ditembak rejim Zionis). Nenek Ahmet yang ditembak di perut merangkak ke arah timbunan konkrit, mengikut arah punca suara tangisan Ahmet. Sambil cuba menggali those piles of debris, dia menyebut sesuatu yang sangat mengesankan: "Ahmet, jangan nangis- para Malaikat bersamamu. Ahmet, jangan nangis- Rasulullah SAW bersamamu. Ahmet, jangan nangis- Allah bersamamu~". Akhirnya suara tangisan Ahmet putus, seiring putusnya nyawa si nenek. OMG, Yassin- kuatkan diri.

Kelebihan yang patut dipuji

Pertama, dia tunjukkan Sunni dan Syi`ah bersaudara. Dalam filem, ditunjukkan cara bertafakur (kah, ibadat?) orang-orang Syi`ah yang memuji-muji Saidina `Ali KWJ r.a. Baguslah. Kalau di Malaysia- ter-stigmatized, barangkali- penuntut mazhab Syi`ah dipulaukan. Kalau di Iran 8% penduduknya Sunni, iaitu sebanyak 6.2 juta orang. Di Malaysia, kurang sejuta kot Syi`ah. Ulama Sunni di Malaysia entahlah kenapa fobia sangat dengan orang-orang Syi`ah. 

Kedua, mereka tunjukkan bahawa yang kita perangi adalah Zionis, bukan Yahudi. Seorang pelakon yang berlakon Yahudi  dalam filem itu pun ada sebut, "Orang Yahudi sebenar tidak akan melakukan sedemikian (membunuh)". Kalau Yahudi yang inginkan keamanan- seperti manhaj Rasulullah SAW- akan turut dijadikan umat. Yang harb dan cuba merosak keamanan sosial, seperti Bani Mushtaliq- kita cuba lawan cara baik. Demi maslahah semua (bukan untuk Muslim saja).

Ketiga, cinematic cantik siot. Stail yang saya suka. Proaktif dan kreatif. Suasana perang lebih baik dari kebanyakan filem Hollywood. Orang Turki memang mengejutkan, kebolehan mereka. Penceritaan sedikit tidak logik, itu biasalah: fiksi, kata Sarkasmo. Sangat menyenangkan kualiti. Dengan SFX dan CGI segala- 7.7/10. Paling tinggi untuk sebuah filem bukan Inggeris. Tahniah LoL.

Sesi kritikan

Sikit saja. Pertama, saya tidak pasti apa anutan ketiga-tiga komando tersebut. Apakah mereka sekular seperti pegangan Bapa Pemodenan mereka (Kemal Attarturk), atau Islam? Kerana wujud kepercayaan pada tangkal, tanpa tegahan. Selain itu, tidak pula ditunjukkan mereka bersolat. Mungkin tidak perlu, tetapi saya rasa canggung satu pun waktu solat tidak ditunjukkan mereka mendirikannya. Ketiga- dan yang paling annoying- bagaimana seorang mujahid (Polek) tidak mahir menjaga batas aurat. Bukan seorang mujahid yang sudi dipeluk bukan mahram. Ugh~

Mungkin minima tindakan-tindakan dan kerencatan filem ini, namun bagi seorang pencinta kesyahidan, saya agak terkilan. Zikrullah entah ke mana, batas aurat entah ke mana- tiba-tiba mahu menjadi mujahid. Lainlah kalau mereka bukan Islam. Ini, saya boleh terima. Mungkin, barangkali.

Kbai.

Comments

hetty said…
Saya suka si pelakon yg pegang watak Moshe. Garang ganas si kurus tinggi watak antagonis. Cukup untuk menimbulkan rasa benci pada Zionis.

Ulasan kamu cantik. Keep it up. :)

Popular Posts