Saya Ajarkan Erti

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya suka untuk menggelarkan diri saya, 'pakar kawan'. Well, I'm not that good in being one, but, saya rasa itu bukan alasan yang kukuh untuk saya menarik balik gelaran saya itu. Kerana saya telah melihat banyak perkara untuk sepanjang dua, tiga tahun ini yang berkaitan persahabatan yang sebenarnya suka untuk saya kongsi. Kebenarannya, saya boleh berikan nasihat, tapi untuk saya sendiri menampakkan apa yang saya fikir, rasa dan tahu baik untuk sesuatu perhubungan saya dengan semua orang; saya gagal. Apapun, beranjak.

Cerita ini sudah kering (membosankan)

Saya punya seorang kawan dulu nama manjanya (hahaha) Wan. Dia tidak suka dipanggil comel, sedangkan itulah hakikatnya dia. Maka, saya panggil dia comel selalu. Hahaha, hukum matematik mudah dalam berkawan; semakin dilarang jika dilakukan, kadang-kadang, semakin merapatkan. Ia bukan membahagikan, tetapi menambah pengalaman, mendarab rasa dan menolak kecacatan antara kami. Dia memang marah, but then, dia akan tersenyum kata, "Uinaa~". Gosh. Makin cute neh dia, bila cakap macam tu.

Saya juga ada seorang kawan pakar bermain catur:- dialah juara catur seluruh maktab. Gemolah dia, saya tidak pernah menang bila terpaksa berhadap semuka dengannya. Begitupun, dia sentiasa merendah diri; mengajar saya tentang taktik dan teknik, tentang peranan setiap buah catur, sehingga saya sedar rupanya dia mengajarkan saya erti hidup. Dan akhirnya subuh 2008, bulan September; saya berjaya kalahkan dia (tersenyum sendiri, serius).

Satu lagi, dia orang yang sedikit gelap. Selalu mengimamkan solat Maghrib dan Subuh; baik untuk senior mahupun junior. Bacaannya orang selalu gelak sebab dia akan sedaya-upaya mengalunkan (seolah bertarannum), sedangkan suaranya keras, garau dan flat-lah, senang cerita. Setiap kali digelakkan jugalah, dia pertahankan pendirian. Katanya dulu, dia mengikut cara Rasulullah SAW. Dengan gelap kulitnya tiba-tiba saya nampak bayangan Bilal ibn Rabah r.a.

Selain itu, saya kawan yang tinggi pemahaman falsafahnya. Antara kata-katanya yang saya kira sangat sufistik adalah: "Biarkanlah aku lemas dalam keagungan mencintaimu, Tuhan". Hanya Tuhan tahu bagaimana hebatnya kata-kata ini merubah saya. Saya pertama kali mendengar, terus meremang bulu roma, "Pernahkah saya mencapai tinggi darjat rasa cinta terhadap Tuhan, setinggi dia?", saya tanyakan diri. Setelah itu saya mulai anggap ibadah sebagai usaha melepaskan rindu.

Signifikannya

Ramai lagi yang saya berharap sangat untuk saya tuliskan mengenai bagaimana mereka menjadi sebab kepada keadaan diri saya sendiri. Berkenaan berorganisasi, menjadi diri-sendiri dan berkenaan maksud sebenar hidup. Berkenaan signifikan setiap tugasan dan berkenaan - saya. Cuma bagi saya, sesetengah perkara lebih patut disimpan untuk diri-sendiri - jurnalkah, apakah; dibuka bila lapang untuk tenang. Ini sebahagian pengaturcaraan saya dalam berkawan. Haha. El, Ea, Em, Ee: Lame.

Pertama: Selalu saya katakan:- bila kamu ada masa bersama kawan-kawan, biarpun sedikit detik dan tidak exciting langsung: ambil gambar. Orang mungkin akan kata, "Okay, kamu lame~", tapi kamu tidak tahu betapa besarnya makna setiap keping gambar tersebut untuk kamu nanti. Saya sedang mengusahakan ini. Selagi kamera boleh dipetik, petik.

Kedua, sentiasa berusaha membahagiakan. Serius mujarab. Meskipun kebanyakan waktu, dia tidak sedar gembiranya dia sebab kamu, dan dia tidak bersalam tangan ucapkan terima kasih; kamu akan rasa bahagia. Sangat bahagia. Pesan saya pula, jangan terlalu berkira dalam membahagiakan. Kerana kesan "bahagia" punya dua arah:- ke dia dan ke kamu. Betul, wacakaplu.

(Alamak, entri ini panjang. Gambar!!)
Ketiga, sentiasa merasakan kehilangan bila dia tiada di sisi. Haha. Macam pesanan berkasih untuk Majnun pula, tapi betul. Saya selalu praktikkan ini dan memang alhasilnya saya selalu jadi tidak keruan sendiri. Jujur saya cakap, ada sesetengah sahabat, memang tiada siapa boleh gantikan. Kadang-kadang muka tampak sangat gembira, sangat ceria; tapi bila diajak bercakap soal keikhlasan dalam berkongsi perasaan- saya tolak. Boleh pula terbit air mata. Haha. Geekish dan forever alone nampaknya di situ.

*Tsk. Tsk. Haish, siapa pulak potong bawang neh LOL~*

Keempat, dan sila ambil perhatian:- berkorban. Saya jenis tidak praktikal, dan secara teknikalnya saya tidak berkemampuan untuk berkorban. Tetapi siapa kata pengorbanan itu perlukan materi sahaja? Kenapa tidak beri kesediaan menjadi tempat meluah perasaan? Menjadi pendengar yang baik, pembela dari belakang? Bukankah itu lebih berharga?

Akhir sekali: sentiasa rasa memerlukan. Dan ya, saya sangat memerlukan seorang kawan untuk jadi guru saya. Bimbing saya. I'm so lost with myself, cuma tidak tahu bagaimana mahu menceritakan ini kepadanya. Kalau Mehmed Fetih dengan Eksemseddin-nya, Malik ibn Nabi dengan Muhammad al-Sa`iy-nya, mengapa tidak saya dengan kamu/dia? Saya katakan di Facebook, bahawa saya "Mencari bukan sahaja untuk di dunia, tapi yang boleh bawa kita berborak di syurga".

InshaAllah, kata seorang kenalan.

Comments

Popular Posts