Kata-Kata Itu Sekadar Idealisme

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Bila jemari kita menulis, apatah lagi yang gemar menulis; kadang-kadang ia boleh nda synchronize dengan hati. Memang fitrah manusia, perasaan dan pemikiran selalu jaa ideal, tetapi hancur dari segi praktis; relekslah. Bagi contoh: kamu kata sebagai khalifah Allah, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan dengan membersihkan sampah-sarap. Memang nampak sangat bervisi, namun pernahkah kita lakukan?

See? It is our inclination to be as poetic as possible. Bukan kita menipu, cuma kita nampak apa yang kita perkatakan sebagai sesuatu yang ideal dan tuliskan ia. Kita telah terdidik untuk jadi begitu; dalam SPM dan PMR bagai. Sebab ini adalah apa yang kerajaan inginkan. Sebuah generasi idealistik.

Sekali lagi, add God factor dalam sesuatu masalah. Rujuk apa yang Tuhan cakap (in this respect, refer to Surah As-Saff, verse 2-3). Dan pada keikhlasan. Asal kita perkatakan itu ikhlas untuk kebaikan bersama, mengetahui bahawa someone somehow akan dapat keuntungan dari apa yang kita tulis, maka baiklah pula untuk kita. Nda guna kan, kalau status dapat 21,650,130 'Likes' tapi cuma harap dapat tu jer dan bukan saham akhirat? Mesti kejar jugak beb, share kat Mahsyar nanti. So, start advising and take advises.

Sudah, malas saya mau komen pasal jemari tidak selari dengan hati. Makin banyak dosa dan penipuan yang saya buat. Better do my BIG report. Hanya mau bagitau satu benda: if I did something that opposes my notions or my posts or my entries, let me know. Kita sama-sama berubah, kan? 

=)

Comments

Popular Posts