Redha Itu Rela Lebih Agung

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Pergh! Kurang sembilan belas hari lagi sebelum cuti habis. Pejam celik mata 748,800 kali, sudah dekat empat minggu habis. Wowowowo~sudah boleh dengar suara Pengarah dalam perhimpunan bulanan. Sangat tidak coolio. Saya ada janji ndamau perihalkan benda-benda serius di blog neh, tapi ini saya rasa kaitannya lebih banyak kepada diri-sendiri. Dan harapnya berguna untuk semua. *lagu al-Kuliyyah*

Benarkah...

...meredhakan dan merelakan dua benda berbeza? Rela sinonimnya 'sanggup' dan 'tanpa paksaan'. Kalau redha pulak seerti dengan 'berserah pada takdir' dan 'percaya sesuatu kejadian ada hikmahnya'. Kira redha adalah rela yang lebih dalam maksudnya, serta dekat dengan Tuhan. Kalau rela si ateis pun boleh rela, tapi kalau redha, golongan dekat dengan Tuhan sahaja faham erti dan mengalaminya.

Kejadian beberapa bulan neh banyak uji woo! Banyak saya relakan - bukan redhakan. Saya relakan kerana saya pasif dan malas bertindak. Kalau saya redha, pasti saya sudah fakih segalanya aturan Tuhan. Poin penting: saya faham konsep takdir, takwini-tasy'iri, konsep predestined dan freewill, serta punya kefahaman tentang konsep al-kadh wal kasb (serius, bukan berlagak. Mau tunjukkan dikotomi).

Segala macam kefahaman itu walau bagaimanapun tidak memberi saya atau orang lain yang lebih fasih dengan aturan takdir kebolehan meletakkan diri sebagai pengamal. Wei, banyak wei manusia-manusia hebat di sekeliling saya yang lebih hebat aras ke-redha-annya (DBP, maafkan) berbanding si manusia menulis yang perasan Encik Serba Tahu. *smh*

Nelayan di laut kalau kau suruh jelaskan Prinsip Keapungan Archimedes yang membolehkan perahunya bergerak di atas permukaan laut mesti dia nda boleh. Tapi itu tidak menarik kredibilitinya untuk digelarkan "Those who know how to practice what he knows" berbanding "Those who know". Profesor fizik melawan nelayan kalau dilempar ke pulau terasing, mana lebih tahan?

Tanggungjawab seseorang yang faham perjalanan takdir untuk mengamalkan pengetahuannya itu lebih besar berbanding tanggungjawab seseorang yang tidak tahu untuk mempelajari benda serupa. Tiada alasan apalagi hak untuk saya mengaku saya 'tahu' perjalanan takdir, hidup lebih bahagia berbanding si ayah yang bertingguk di muncung perahu, menanti - dengan penuh sabar dan takwa sama Tuhan - candatnya mengenai sotong.

This makes me feel even sadder. Dang!

Comments

Popular Posts