Kawan > Kekasih

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Di sekeliling, fuh! Sana-sini orang kahwin. Dan orang yang berpisah dengan yang hidup pun ramai (atau banyak? Saya keliru)(rumah dengan perkuburan). Ada yang menimang adik saudara baharu, ada lagi yang menimang anak kedua dan ketiga. Rumah tangga dibina di mana-mana, dan runtuh di mana-mana juga. 'Takziah' dan 'tahniah' bersilih ganti didengar.

Buat kawan yang sedang bertukang membina mahligai, tahniah. Uhumm *batuk kering*

The only thing I could think of is when you're in a romance you tend to lose your friends. Ada satu kajian (metode: tinjauan) dari Universiti Oxford yang mengatakan, setiap kali kau jatuh cinta, kau hilang dua kawan. Tidak pula disebutkan kawan lelaki atau perempuan. Melainkan kau confess tiga perkataan kepada kawan baik kau (oh, janggal), mungkin kau  hilang seorang jaa. Atau lebih ramai.

Yang seorang tinggalkan kau sebab kecewa. Hahaha.

Apapun kajian yang dilakukan Robin Dunbar dan artikel yang ditulis Irene S. Levine (no, she's not his wife) sangat intriguing. Dan balik maktab nanti, mesti awkward, bukan sebab saya ada 'kurang dari tiga' sebab saya akan mulai melihat kawan baik dengan pandangan jahat dan penuh prejudis. "Oh, dia akan tinggalkan saya" *tengok cincin bersarung di jari manis*. "Oh, dia lebihkan lelaki itu dari saya, her supposed bestfriend". Sick feeling. Tapi ini pemikir Barat punyalah.

Simbol '>' di atas sebenarnya mahu menunjukkan 'lebihkan', tapi ia juga tunjukkan dari status 'kawan' ke 'kekasih' (pun boleh). Dr. Grace Cornish, ahli psikologi mengatakan jalan terbaik bagi hubungan romantik adalah 'kawan'. Ini pun jalan Barat. Tapi praktikal untuk situasi sekarang, asal jaga batas. Kata beliau, dari kawan, kamu saling kenal tabiat, tapi berbatas. Macam jiranlah. Kenal melalui pagar.

Jen Kim tidak setuju. But who cares? 

Bagi saya, mana-manapun boleh. Ikut personaliti. Saya suka dan percaya spontaneous occurrence. Kau nampak dia, kau tertarik, kau rasa rugi seumur hidup kalau tak kenal dia dan kau ke rumahnya. "Pak cik, dalam banyak-banyak bunga, anak pak cik bukan paling cantik, tapi ia tetap paling sempurna disisipkan di cermin hidup saya". Keluarkan cincin dan arahkan kompang dipalu. 

Esok, tahu-tahu pos gambar anak dekat Facebook. 

Kata Paul Dobransky, salah seorang penulis 'The Secret Psychology of How We Fall in Love' (saya tak baca buku neh), percintaan semudah ABC. Literally. Attraction (Tarikan), Bonding (Ikatan), Commitment (Komitmen). Yang membezakan cinta dengan persahabatan adalah Tarikan dan komitmen. Ikatan, dalam persahabatan pun wujud, namun komitmen dan tarikan sudah berbeza.

Komitmen kawan saling melengkapkan, komitmen suami/teman lelaki/tunang lelaki memberikan nafkah. Alahai! Untung kamu, wanita. Tarikan itu, saya belum tahu. Mungkin sepertimana saya rasa bila menonton video Yuna-Qi Razali. Aduh, craving wayang 'Kolumpo'! Ikatan? Tanya yang sudah berkahwin. Saya pun curious sama ada perasaan itu kekal.

Usul pos? Belum boleh melupakan 

Comments

zudien said…
"Kawan saya dah besar kan? Mereka mesti paham." Hope so... kih3
Sven Medyona said…
I totally get it~

"Untunglah."
zudien said…
Gurau saja...haha
Sven Medyona said…
Nda, seriously. Semakin kita belajar pasal benda-benda begini, semakin kita akan faham. Saya faham :)

Popular Posts