Konsep Diri

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

"konsep diri"
Seorang remaja harus ada konsep diri mereka sendiri. Dia mampu bergaul dengan semua orang, namun berketetapan menjauhi ideosinkrasi orang lain serta berdamai dengan kelebihan dan kekurangannya. Segala apapun yang dia percaya, yang dia punya dan dia perkatakan adalah cerminan dirinya.

Bila dikatakan mencintai diri-sendiri, bukanlah bermaksud bertukar seratus lapan puluh darjah menjadi egois (hanya si dangkal sahaja yang mentakwilkan sebegini rupa). Maksudnya, melakukan apa saja agar ia bahagia, dunia dan akhirat. Jangan humban diri kamu dalam api neraka.
Konsep diri asasnya keperluan, diikuti kehendak dan motivasi-motivasi luar. Orang hebat jarang dibentuk oleh kehendak dan motivasi ekstrinsik, tetapi lebih dipengaruhi keperluan-keperluan. keperluan menjadi manusia, keperluan menjadi hamba, keperluan menjadi seorang wakil pemidato sekolah. Carilah yang lain.

Orang yang lebih hebat mementingkan keperluan ruhani berbanding kepentingan jasmani. Bukan mengabaikannya, tetapi, contoh:- tidak akan menggadaikan maruah diri demi sesuap nasi, sedangkan ada jalan lain, atau membunuh diri demi melepaskan diri dari belenggu depresi jiwa.
Bila dikatakan 'konsep diri', kamu harus kuat jadikan ia sanggam yang memaut kompartmen-kompartmen pemikiran, perasaan, perwatakan dan pembawaan diri. Berbeza dengan iman, konsep diri adalah buahnya. Dari takwa yang diadun dengan ideosinkrasi kendiri, suatu konsep terhasil.

Hah, itulah kau.

Comments

Popular Posts