Gondola

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

The only thing I wanna be, is to be loved (d'aww).

Jadi saya mengalami sudden epiphany pagi tadi. Kamu semua tau betapa sickened-nya saya dengan hidup sebagai pelajar, apalagi prospek sebagai pendidik. Memang tidak ngam dengan jiwa saya. Entah kenapa, satu idea gila-gila neh muncul. Oh, saya terloncat-loncat dalam hati. Tapi berisikolah.

Senarionya

Rafik dan Wahidah baru sahaja bernikah. Setelah beberapa pertengkaran manja, akhirnya si lelaki terpaksa menundukkan ego, menurut keinginan si perempuan untuk berbulan madu di Itali, spesifiknya Venice (Rafik mau ke Switzerland, bha. Kesian Rafik. What to say dude, WOMEN. Ikut jaalah). And so they book their tickets there. 


Tanpa berlengah, setelah mendarat di Lapangan Marco Polo kedua-dua pasangan lekas-lekas ke jeti bot, dan melompat masuk ke dalam bas air Alilaguna dengan penuh kegembiraan (oh ya, untuk panduan kamu, kos bas airnya €15 dengan perjalanan selama 75 minit). Walaupun perjalanan ke Venice itu lama, memang layan habis. Pemandangannya memang indah. Breathtaking.
 
Layan musik maestro dulu. Hahaha.

Kemudian, sesudah sampai, check in ke dalam sebuah hotel murah. Makan tengah hari dan limpang-limpang (tidur-tidur bha) sekejap. Rafik asyik dengan akaun Instagramnya, memuatnaik gambar demi gambar yang ditangkapnya sepanjang perjalanan ke sini. Nasib baiklah ada WiFi hotel, kalau tidak terpaksalah terkurung di lagun paling indah di dunia itu. Sebentar dia mengerling isterinya yang nyenyak tidur. "Beruntungnya aku," bisiknya (sempat pula).

Selesai Asar (dekat pukul 5:30PM), bersiap-siap mereka berdua untuk makan malam. Venice adalah satu-satunya bandar pejalan kaki. Oleh itu, selain jalan kaki, ada gondola. Bertengkar lagi. Rafik hendak berjalan kaki, katanya Venice indah waktu malam. Wahidah memilih gondola, katanya, itulah maksud sebenar melawat Venice. Rafik beralah dengan janji Wahidah untuk berjalan balik ke hotel berjalan kaki. Rafik, you're a guy. You'll never win. Hahaha.

Di sinilah kisahnya

Setelah beratur agak lama, akhirnya mereka mendapat gondola. Lelaki si pengendali gondola sedikit tertunduk. Topi hitamnya yang bulat ala-ala topi Zorro sedikit menutup wajahnya, apatah lagi keadaan di situ sudah suram-suram. Dengan langkah berhati-hati, pasangan muda Rafik-Wahidah masuk ke dalam kenderaan paling popular di Venice itu. "Possiamo andare adesso," kata Rafik, setelah dapat duduk selesa. Dan ini bahagian bagus-

"Cakap Bahasa Melayu jaa," si pengendali gondola membalas, sambil menyingkap topinya. Dalam balam-balam cahaya, Wahidah dengan pantas mengenalinya. "Woi Yassin, apa kau buat di sini!?". Apalagi, saya tersenyumlah. "Cari erti diri," kata saya. Kayuhan saya perlahankan berbanding biasa, kerana banyak perkara saya terlepas sepanjang meninggalkan profesion dalam pendidikan di negaranya. Borak kami sangat panjang.

Setelah sampai ke sebuah restoran kebab berdekatan Hotel Sofitel, Rafik dan Wahidah melangkah semula ke darat. Mereka memberikan salaam, lalu melambai kepada saya. Saya balas. Kemudian saya mendongak ke langit penuh bintang. Di hujung mata ini, ada suatu kebasahan. Mungkin inilah kehidupan yang saya cari selama ini.

P/S: Kamu rasa boleh tercapai kaa?

Comments

Fara Musa said…
:) You know that gondoliers train for years and they will have some sort of test to qualified as a gondoliers right? And Venice is just a small part of Italy. Wait 'till you see the rest. You will become speechless. My personal favorite would be Verona :)
Sven Medyona said…
Training?? Requirements??


Bring it on, baby! Ahahaha.

Oh how I wish I have that Doraemon's 'Pintu Suka Hati'. I'd go there. I really would move to Venice.

Ah, Verona... City of Lovers.

Popular Posts