Menilai Nilai

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Setakat ini, alhamdulillah. Belum ada lagi kesukaran-kesukaran yang boleh menyebabkan saya buntu. Semuanya berjalan lancar. Makanan kafetaria, walaupun sedikit naik harga, tetap mengenyangkan. Bilik tutorial, walaupun pemancar LCD belum berpasang (dan Cik Zawiah, pensyarah Hubungan Etnik, sudah mula merungut mengenainya, pendingin hawanya berjaya memujuk jiwa. 

Jarak antara pintu bilik tidur dengan pintu bilik tutorial dekat enam ratus meter. Kalau tambah-tolak curam yang terpaksa dilunturi, rerumput yang terkorban di bawah sepatu dan panas matahari, memang layak barangkali, perjalangan ke kuliah kami disebut sebagai jihad. Bila buka baju (sila jangan bayangkan), nampak sempadan jelas kulit yang terbakar dan terpelihara dari pancaran matahari pada bahagian bahu.

Yang sedihnya, tiada panggung wayang, tiada 'Baskin Robbin', tiada sundae mahupun 'Midvalley'. Nasiblah ada 'Giant' dan 'Tesco', itupun dekat sebelas kilometer. Dua minggu sekali saja boleh ke sana. Awh, rindulah dengan 'Times Square', 'Pavilion' dan semua-semua tu. Jum kita tengok beberapa gambar untuk melihat dengan lebih jelas maktab setahun jagung ini. Sila baca kapsyen sekali, ya.

Dari atas bukit di depan blok kediaman lelaki.
Blok rektor. Konon ada unsur Freemason. Hahahaha XD
 Di outskirts jalan keluar dari Kompleks Pendidikan Nilai.

Lawa, kan?

Comments

Salam. Lama x jenguk (banyak sangat blog, pastu tukar-tukar sapa suruh). Untung la dapat bangunan baru. Biasalah tu, memang x ada BR, TS, apa bagai, tapi cuba tengok dari sudut positif. Bila elaun keluar, dengan sendirinya elaun tu akan bertahan dengan nilai terusik sedikit saja. Kami pun macam tu juga, Jusco dengan Terminal 1 saja pegi, hidup juga. Kalau dah betul-betul gila punya plan, baru pegi TS ka, KL, MV ka, GH gtu. First batch, biasala tu, nanti2 biasa suda
Sven Medyona said…
Hahaha... ya. Kalau tengok positif, memang tempat ini lebih banyak kelebihan berbanding bangunan maktab dahulu.
Bagus la tu. Lawa bah bangunan baru tu (walopun ada unsur2 Freemason LOL). Kalo jarang keluar, boleh save money bah. Kalo mau makan, kamu selalu pigi mana?
Sven Medyona said…
Kafe dia ada, tapi ada waktu dia tutup. So, kereta Zudienlah jadi mangsa. Makan di luar.

Popular Posts