Detik Janggal bilamana Jawapan Jadi Soalan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Ah. Setiap kali line WiFi tiada, atau lemah, terus teringatkan IPG Teknik Cheras. Perasaan men-download sesuatu dan kemudian hilang connection memang serupa gila. Selain itu, teringat dengan 'oh, siapa', dengan KFC bawah stadium dan Veloddrome. NO!!!! Velodrome dan Kak Ita, dan gerai Meh yang menyediakan nasi bujang paling sedap di alam semesta.

Memori
Oh, Aidiladha terakhir di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Cheras, 5600 Jalan Yaacob Latiff, Kuala Lumpur
Kenangan seperti seulas bawang. Kalau dibuka, boleh mengalir air mata. Namun bukanlah hakikat sebenar-benarnya begitu, melainkan kenangan memberikan kita kekuatan, setelah segala yang dilalui. Bila saya penat belajar, saya toleh ke belakang dan tengok benih-benih usaha saya yang sedang bercambah dan kutuk diri: Yassin, selepas semua ini, kau beralah?

Bercakap mengenai perjuangan pulak, saya jenis mudah terpengaruh dengan emosi manusia lain, khasnya, mereka yang saya bantu perjuangannya. Entahlah bagaimana hendak diujar, tetapi perasaan gagal melaksanakan kepercayaan orang lain akan bertukar menjadi pisau, merodok diri. Damn serious. Sebab itulah, saya selalu elak untuk pegang amanah yang besar.

Dalam kehidupan saya, perjuangan adalah rutin. Kesukarannya berubah-ubah, namun alhasilnya tetap sama; ia mematangkan saya. Diri ini meskipun usia dua puluh tahun, fikirannya masih pada aras terlalu rendah. Damned serious, again. Dan teguran kawan-kawan, selalu menarik saya balik ke titik yang saya sepatutnya berada, bukan berseronok dalam lopak budak-budak.

Saya selalu berfikir cara-cara untuk betul-betul merubah diri saya kepada menjadi betul-betul dewasa, berhenti memikirkan perihal keanak-anakan, mula menyimpan duit, mulai memikirkan untuk merangka kewangan bagi pembelian rumah, kenderaaan, etc., tapi belum ada satu jalanpun yang sesuai. Inipun, perjuangan saya. Dan, seseorang mengusulkan perkahwinan.

Kahwin? Boleh kaa matang?
Ada saya baca dalam suatu pos, katanya; pernikahan memberikan manfaat secara mental melalui pematangan jiwa. Saya terloncat sekejap, memikirkan ini mungkin jawapan yang saya cari. Namun, seperti yang saya katakan kepada Zudien, pakar jiwa kita, bagi saya berkeluarga itu lebih berat berbanding menjadi pemimpin. Berkeluarga, kau deal dengan darah daging kowt. Kalau berpolitik itu, ahh, pergi matilah yang dipimpin, bukan darah daging kau pun.

Jadi, instead of jadi jawapan, pernikahan menjadi bunga persoalan baharu. Keluarga sudah laksanakan modus operandi tolong carikan, dan setkan had umur saya dua puluh lima tahun untuk saya cari sendiri sebelum mereka 'paksa'kan dengan perempuan pilihan mereka. Agh... selamat tinggal zaman bujang. Kau ada empat tahun lagi T.T

Comments

hetty said…
"Bonda, izinkanlah anakanda keluar mencari perempuan yang bukannya be**na", kata Tun Nila Utama ketka disuruh kahwin oleh ayanhanda dan bondanya.

Filem "Musang Berjanggut", Tan Sri Dr P Ramlee.

Cadangan bila dah sampai usia 25 tahun nanti. Cuma awak tukar lah cara. Campur segala rempah dalam satu buntil dah terlalu klasik. Hihi ;)
hetty said…
*Not exactly the same dialogue. Lebih kurang yang saya ingat sahaja.
Sven Medyona said…
Hahaha. Klasik adalah budaya hidup semula. Saya manalah pandai memilih, kalau memilih pun, sebabnya tidak rasional.

Popular Posts