Elaun, Oh Elaun

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Undang-undang di maktab kata sesetengah orang, semakin mengarut. Contoh: tidak boleh masuk atau keluar maktab selepas jam 11:00PM dan mesti mengisi buku log untuk daftar keluar-masuk. Saya masih cuba mencari rasional pelabelan 'mengarut' itu. Sebab, kalau undang-undang maktab suruh buat kelas pukul satu pagi misalnya, barulah boleh digelar mengarut. Ataukah guru pelatih ini sebenarnya yang mengarut?

Bukan hal ini yang saya ingin bahaskan di sini sebenarnya. Ada persoalan lain--yang bagi majoriti guru pelatih, saya kira--rasakan lebih penting dari jadual keluar-masuk maktab dan pengisian borang untuk melalui pintu pagar sebelum pukul empat setengah petang. Buang segala suspens: elaun. Ya. Kalau mahu tahu, inilah pemacu utama produktiviti guru pelatih.

Perancangan kewangan? Not my style

Kalau saya tulis sebuah artikel untuk menafikan perlunya pragmatisme dalam kewangan, mesti akan ramai pakar motivasi mahupun pakar kewangan membidas saya. Jujurnya, saya memandang keseluruhan idea mempunyai duit sebagai begini: saya tidak suka menguruskannya, menyediakannya untuk keperluan masa depan kerana saya kurang yakin bagaimana ia boleh menjadikan kita bahagia. Kan? Sudah ada dua, tiga pembaca yang rimas.

Hujahnya mudah; jika ditanya semua Muslim, bilakah mereka akan mati, maka mereka akan menjawab dengan penyataan stereotipikal, bahawa mereka tidak tahu. Ini bagus, dan benar. Nabi Muhammad SAW sendiri apabila ditanya berkenaan dengan ruh, Allah mengajarnya ilmu demikian hanya di sisiNya. Idea yang saya mahu ekstrak adalah: jika mereka tidak tahu ajal mereka, maka mengapa merancang masa depan? Melainkan untuk menderma, maka perancangan kewangan nampak ralat.

Makanya saya katakan, pandangan manusia berbeza. Saya lebih suka untuk menghabiskannya, sebahagian dibuat perkara kebajikan (kononlah) dan betul-betul menghabiskannya di hujung semester. Beli kereta, beli motor atau rumah; tidak pernah terfikir untuk menyimpan duit semua itu. Sekarang, Xperia Z...

Alasan untuk membazir?

Entahlah, saya pun turut merasakan perkara sedemikian. "Manusia paling boleh dijustifikasikan yang pernah kamu temui adalah diri kamu sendiri"; penyataan ini selalu mengganggu fikiran saya. Tapi yalah, setakat ini, begitulah yang saya fikirkan. Dan, bila melihat dari kaca mata manusia lain, saya rasa bersalah. Apakah yang saya putuskan ini salah?

Semester ini, saya sudah melakukan perancangan besar-besaran. Beli ini dan itu; semuanya untuk sama ada memperindah bilik saya atau sekadar suka-suka. Hahaha. InshaAllah, untuk manfaat sebaik-baiknya. Semoga Tuhan berkat.

Comments

Fara Musa said…
hurm... please change your hp if dia betul2 dah tenat ea nissay. Just pendapat.. you dont have to listen :)
Sven Medyona said…
LOL. I still have my sense, dear. Won't change it until I've graduated. Besides, I love it. :)
Wang bukan segala-galanya, tapi hampir segala-galanya memerlukan wang. Nak buang air pun mintak 20 sen, 30 sen...
Sven Medyona said…
Kamu bila dapat elaun, Wan?

Popular Posts