Sahabang (Sahabat+Abang)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Dia bukan sekadar seorang sahabat, barangkali. Kadangkala, dia berupa abang; yalah, yang menulis ini tidak pernah berabang. Kadangkala, dia berupa guru; dia selalu ajar bagaimana untuk menjadi guru. Dia mentor dan tutor; meski sibuk waktunya ber-internship dan ber-praktikum, ada saja masa untuk dia menjenguk sebentar adik-adik bongsunya di sini. Biar tingkat dua, jauhnya. Ingat lagi pertama kali dia menegur (semasa itu sebagai fasilitator kami) semasa minggu penyesuaian diri, yang kursus Sains itu laut dalam:- paling ramai gagal adalah dari dalam kalangan yang memilih kursus Sains. Ah, nantilah saya karangkan cerpen pendek mengenai itu!

Abang Hafiz Epiey Macho, terima kasih. Hanya dan semoga Tuhan membalas segala taburan didik, jasa dan bakti Abang Epiey kepada kami, benih yang baharu mula belajar menolak tanah ke atas (geotropisme negatif hahaha). Semoga cepat-cepat dipertemukan jodoh, dibukakan pintu rezeki dan selamat maju jaya dalam profesyen keguruan. You'll be one, great teacher. I know it. Okaylah bang, nanti cerpen dari saya. Salaam~

Comments

Popular Posts