Impian Geel Pender

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Baiknya mendung langit berbanding mendung manusia ada dua; ia boleh dilihat kelabunya dan boleh diduga hujannya. Mendung hati manusia sangat relatif kepada situasi dan peribadi, serta subjektif. Simptom-simptomnya berbeza setiap individu, kadang kala kalau tersilap tilik, mendung boleh jadi hujan, hujan jadi ribut. Hati manusia ada yang keras-keras batu, ada yang rapuh-rapuh kaca, ada yang lembut-lembut sutera. Justeru manusia yang mahir menjaga hati manusia lain saya gelar lebih baik dari jurubedah terbaik dunia, kerana selok-belok nurani manusia lebih rumit berbanding selok-belok salur darah mereka.

Tiba-tiba bercakap pasal hati, mesti pelik. Sebenarnya, sehari dua ini, banyak disiarkan di kaca televisyen pasal kisah cinta. Pergh, macam best nampak sang lelaki melamar sang wanita di berlatarbelakangkan Menara Eiffel di Paris pada waktu malam. Nasib langit malam mereka dalam wayang tersebut tidak hujan, sebab menurut Geel Pender, Paris paling indah pada waktu malam, ketika hujan turun. Tengok pendedahan-pendedahan sedemikian, berbunga hati untuk melakukan benda serupa *tutup muka malu*. Hahaha.

Ibu semakin galak menggiat saya untuk mencari calon. Banyak nama disebutnya; si inilah, si itulah. Siap tanya saya jika di maktab ada yang istimewa di hati. Saya hanya tersenyum menahan malu, diperlakukan sedemikian. Hendak dikata tidak selesa, tidak juga. Bahkan beberapa hari ini, asyik terfikir untuk menamatkan zaman bersendirian, macam satu pasangan bawah enam belas tahun baru-baru ini. Kalaulah paradigma masharakat kita matang.

Eh, by the way, statistik menunjukkan remaja kita semakin matang berhubung isu pernikahan serta rumahtangga. Yalah, banyak pendedahan dari pelbagai sumber, memang informasi senang betul diakses. Hebatnya belia sekarang sudah mulai menjiwai sikap tafaruq dan wara' dalam menapis maklumat, yakni boleh membezakan dan sangat berhati-hati. Syabas kepada semua pihak yang menyumbang kepada penambahbaikan ini.

Berbalik kepada isu hati, saya iktiraf ibu sebagai lebih baik dari jurubedah terbaik di dunia. Dia boleh baca, entah; sinar matakah, lengkung senyumkah atau riak muka, yang mencadangkan saya seolah-olah semakin hampir kepada alam yang dimaksudkan. Hahaha, masih mencari. Jodoh di tangan Tuhan, kawan. Kalau jiran  sebelah jodoh, maka jiran sebelahlah alamatnya.

Cuma, kalau diminta berharap, saya berharap di depan Menara Eiffel, pada waktu malam, dalam hujan. Geel Pender mesti bagi salutasi terbaik punya. Okehlah, wassalaam.
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."  
~Surah An-Nuur, 24:32

Comments

hetty said…
What a good newssss ! Goodluck bro. Tak sabar mau tengok muslimah bertuah tu. Hee ;)
Anonymous said…
Bertuahlah sangat *tangan di bahu, mata ke atas, badan sedikit direndahkah* -Yassin

Popular Posts