Inspirasi

Merentasi masa-masa saya di sekolah rendah, sehingga ke sekolah menengah, ke MRSM dan akhirnya di sini:- IPG Kampus Pendidikan Teknik, terlalu banyak kejadian dan manusia telah menginspirasi saya. Untuk menyenaraikan semuanya di sini adalah absurd. Mustahil tenaga mencukupi untuk tujuan itu.
Sikap orang sekeliling sangat mempengaruhi saya, walaupun saya introvert, pesakit Asperger dan sangat-sangat selalu awkward bila bertentang mata (melainkan selepas kenal). Kalau saya lihat seorang manusia baharu cuba mendekati, saya akan gadaikan apa saja untuk melepaskan diri dari situasi itu. Bukan kerana takut, tetapi kerana benci dengan rasa bersalah tidak mahir menjalankan proses pergaulan.

Seorang sahabat pernah berpesan bahawa, untuk hidup mudah kita perlu bergaul. Hanya dengan bergaul, peletakan diri kukuh; kita tahu di mana kita perlu berdiri. I do believe in his words and tried practising it, tapi saya memang tidak boleh. Saya rasa macam mengecewakannya, dan menjauhkah diri dari kawan ini. HAHA (berharap dia mengetuk pintu bilik, memberikan lebih banyak tips).

Sikapnya yang mudah menegur, walaupun kadang-kadang boleh menyebabkan hati saya sakit, saya sangat suka. Itulah tujuan sebenar kawan, itulah tujuan sebenar kawan, itulah tujuan sebenar kawan. Dengan sikapnya itu, saya mula memasang angan-angan untuk menjadi begitu, but then, again, I couldn't.

Sikap manusia memang berbeza. Kadang-kala saya sampai ke titik di mana saya berdebat dengan diri-sendiri, cuba menentukan sikap yang si ini dan si itu. Namun, apabila manusia dengan sikap-sikap hebat: pandai memotivasi, pandai mendidik hati saudara sendiri dan pandai menegur datang dalam kehidupan saya, saya terus sayang orang itu. Lelaki atau perempuan. Kerana menjadi suatu kerugian tidak belajar dari mereka.

Sekarang ini, saya selalu sesat dalam hidup. Tengah bersolat tu, fikiran menerawang ke angkasa lain. Saya selalu lupa dan leka; terlalu banyak bergelumang dengan maksiat dan dosa. Saya perlukan seseorang yang boleh ingatkan saya, seriously. Yang boleh bacakan isi Qur'an dan ajarkan saya maksud setiap perkataannya dan kaitkan dengan diri saya. Dari semester 1PPISMP saya menunggu, mungkin lebih awal. 

Hanya setelah ada pengingat, barulah jiwa saya tenang. Segala barang ibadah akan sentiasa saya laksanakan sangkin kerana ada penggera hati. Kalau setelah umur 30 tahun tidak jumpa, I might be marrying atau berlari ke gua-gua dengan bekalan makanan secukupnya, bertafakur. Berkhalwah. Bersatu dengan alam menyebut-nyebut namaNya.

Barangkali, selepas itu, saya sudah bersedia memeluk kematian. Siapa tahu?

Comments

Popular Posts