Gaji @ Aspirasi

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Wahh~akhirnya bangau kembali ke belakang kerbau. Jemari saya sudah kembali kepada tempat asalnya, tempatnya selesa. Setelah penat berjuang di IPGKIP tempoh hari, kembali ke maktab adalah suatu perkara yang sangat menyeronokkan. As to conclude how the tournament went, saya boleh kata sangat "edukesyenel!", bak kata ObeFiend.

Sekarang

Perkara yang saya ingin bincangkan untuk entri kali ini adalah berkenaan penempatan guru permulaan, iaitu graduan yang mengambil jurusan pendidikan dan/atau pengajaran. Desas-desus mengatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan sistem pengambilan terbuka untuk semua lepasan IPG mahupun lepasan institut pendidikan swasta. Makna kata, peluang kita untuk mendapat penempatan sama dengan mereka. At a glance, it doesn't seem fair.

Jujur, ketika saya sedang menaipkan respon saya berkenaan hal ini, saya langsung tidak memihak kepada kerajaan. Namun bagi saya, hal ini adalah cabaran yang harus kita semua tempuh. Untuk menjadi guru, bukankah kita harus kompetitif, kuat dan sentiasa berusaha agar sentiasa terkedepan? Kalau bermalasan setiap hari, kalau dicucuk sedikit melatah bagi nak rak; macam mana boleh kita mengatakan kita layak mendidik?

Saya lihat persoalan ini sebagai begini: Kerajaan ingin memperlihatkan keadilan mereka terhadap kedua-dua pihak (IPG dan non-IPG). Dalam masa yang sama, Kerajaan yakin dengan keupayaan graduan IPG untuk bersaing dengan graduan bukan IPG. So, killing two birds in one shot: mereka bersikap adil, namun masih memberikan hak pada yang layak.

Ketika berforum tempoh hari, saya ditanya sama ada bersetuju atau tidak dengan agenda baharu ini. Saya angguk pada hakim, menjelaskan bahawa ini mungkin salah-satu langkah transformatif untuk merubah sistem pendidikan negara. Maka, kalau ianya untuk kepentingan negara, mengapa harus saya marah? Lagipula, bukankah kita semua telah menandatangani perjanjian AKUJANJI sebelum memohon ke sini?

Sepatutnya sebelum menandatangani perjanjian itu (entahlah, dikelabukan dengan elaun yang lumayan kot, sehingga syarat-syarat itu tidak ter-endah), kita bacakan dulu dengan teliti. And most of all: rakyat Malaysia, khususnya guru dan pendidik harus mementingkan keperluan negara berbanding keperluan diri-sendiri. Berhenti jadi materialistik. Dulu-dulu pun, para pendidik kadang-kadang tidak bergaji. Tidak pula mereka berhenti memperjuangkan kemerdekaan, apatah lagi menampannya. 

Kbai. Wassalaam~

Comments

Popular Posts