Runsing

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Runsing bukan ketiadaan uang, atau ketiadaan pacaran, atau kemiskinan, atau kepuntungan sebelah tangan. Cuba fikirkan, dan beritahu saya, dalam alam semesta ini, di mana kerunsingan? Tiada di mana-mana. Runsing adalah gambaran manusia lantaran ketidaksukaan situasi yang sedang dihadapi. Begini, barulah kita faham sebabnya orang-orang kaya pun menderita runsing.

Saya memahamkan, mustahil seorang itu runsing melainkan ia yang memilih untuk menjadi demikian. Terkadang kita terbawa-bawa dengan emosi, dengan rasa janggal tidak dapat mengawal semua, lalu rasa itu berkumpul menjadi segumpal runsing yang menyesakkan hati dan fikiran. Bola salji tidak terjadi sendirinya, ia perlu dibentuk dan diuli oleh manusia sendiri.

Kita memilih runsing apabila kita tidak memilih keredhaan atau kerelaan. Tidak ada jalan lain selain jalan itu. Kebanyakan orang runsing pasal masa depan - "Aduhai, banyaknya tugasan!", "Sukarnya peperiksaan kali ini!", "Matilah! Laporan amali belum selesai!" - yang belum pun berlaku. Dan kalaupun ia mengetahui ia tidak akan dalam mengubahnya, mengapa perlu runsing?

Kita boleh juga runsing apabila kita memikul amanah berat-berat. Apa susah? Usahakanlah! Saat usaha keras dilihat tidak mampu menampung kehendak tanggungjawab, apa yang perlu kau malukan terhadap dirimu? Sekadar itu sahaja tenaga dan mampumu, mengapa kau yang sudah sudi menjawat amanah itu yang dipersalahkan? Yang tidak buat tapi mahir mengkritik, di mana?

"Make sabr"

Itu pesan seorang guru. Percayalah, "The world is designed to break your heart", kata guru agama yang satu lagi. "There's only a way up for Muslims" ujar guru agama lain, mengulas sifat sebenar dunia. Hati kita asalnya syurga, dan selagi mana ia tidak dikembalikan ke tempat asalnya, ia akan sentiasa gusar risau. Runsing. Maka kalau kamu runsing, tenangilah perasaan itu.

Semuanya bakal berakhir. Bakal lesap bersama kematian.

"Wahai hambaKu yang melampaui batas mereka, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah," tegur Allah dalam Surah Az-Zumar, ayat 53. Bahkan berulang kali Allah ingatkan, nasihatkan, serukan dalam kalamNya yang mengandung seribu satu pengajaran. Cuma kita yang buat-buat tidak endah, angkuh tidak bertempat. Bila diujikan baru mengada-ada mengeluh.

Comments

Anonymous said…
Yaa yaaa, Gotchaaa.

Popular Posts