Manzilah Fi Manzilatain

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


"Boleh tak, kau berhenti jadi hebat, berketerampilan, berperwatakan unggul, berkeperibadian cemerlang, berfikiran matang dan bersikap dewasa, tak? Saya rasa sangat-sangat merendah diri bila terpaksa membandingkan diri dengan kau"
Dalam Islam ada dua jenis cemburu. Pertama adalah hasad; jenis ini jelas haramnya dalam Islam. Ia adalah perasaan membenci seseorang kerana kelebihan yang ia ada dan berharap agar kelebihan seseorang itu hilang. Ini kategori busuk hati yang sukar diubat; bagilah eau de parfum apapun, busuk itu tetap jadi hurungan syaitan (kasar bahasanya).

Satu lagi adalah ghitbah. Ia adalah perasaan mengagumi seseorang kerana kelebihannya dan berazam sungguh-sungguh untuk memiliki kelebihan yang sama. Ghitbah terbaik adalah berkenaan urusan ibadah. Cemburu inilah yang memotivasikan, mendorong kau untuk tidak sombong belajar dari manusia lain, dan akhirnya menguntungkan kau.

Bergurulah dengan kemanusiaan. Satu cara dengan ghitbah. Saya sekarang kurang stabil keupayaan, kebanyakan masa saya antara hasad dan ghitbah. Saya cemburu tengok orang dengan keterampilan dan kehebatan mereka, tapi saya malas berusaha ke arah yang saya cemburui. Saya teruk dalam perkara-perkara sistematisme, saya pernah luah dekat Cik Tan.

Ayuhlah sama-sama membersihkan hati :S

Comments

Popular Posts