Mengarut (I)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Lagu ‘You’re Beautiful’ berputar perlahan. James Blunt, kau karyawan muzik yang sangat prolifik. Melainkan perkataan ‘f**k*ng’ yang kauletakkan dalam lirik lagu kau, saya mengagumi kau. Dan, kemahiran kau menyakitkan hati.

Ah, mengarut!

“Kalau kau cari perempuan, tinggalkan kejayaan, dua-dua akan lari dari kau. Tapi kalau kau kejar kejayaan, mana-mana perempuan pun akan berlari dekat kau”. Dalam nada humor beliau, saya dapat mengesan keseriusan. Ayah membuat belokan ke kanan. Budak-budak sekolah yang baru berpulangan berkejaran di sini-sana. Penjaja makanan ringan kelihatan sepanjang jalan.

Puteri. Hahaha. Nama anak ustazah yang pernah saya “kagumi” *berdehem*. Kami satu sekolah, biarpun berlainan kelas. Pernah saya menetap di rumahnya (atas suruhan ibu, sebab rumah ustazah dekat dengan sekolah) dia buatkan saya kuih roti apa entah, sedap. Dia masak nasi agak kurang berjaya, saya suruh tambah air. Ustazah balik marah Puteri. “Apa pasal tambah air?” Kami diam.

Ah, memori mengarut!

Asal balik rumah, ayah ibu mesti menggesa dengan persoalan-persoalan yang aneh belaka. “Sudah ada?” “Siapa namanya?”. Kakak datang menambah perencah, “Oh, ini mesti si anu atau si anu!”. Kepada semua persoalan tu, saya tiada jawapan. Saya tidak punya keinginan untuk berpunya. Saya bahkan tidak tahu apa ertinya berpunya. Mungkin macam ada patung kasut sukan baharu. Mungkin.

Saya tidak pernah merasa, apa, broken heart? Dan saya berharap saya tidak akan mengalaminya. Sehodoh manapun seorang lelaki, sekuat manapun dia, dan senaif mana dia, tidak mungkin patah hati kerana wanita itu keterpaksaan yang ia doakan. Berdasarkan keadaan semasa, saya akan alami keadaan ini tidak lama lagi. That sense of unable to have. Unable to be with one you desire.

Sorensen Kiekergaard, eksistensialis kurun ke-19 pernah mencadangkan falsafah absurdisme. Falsafah ini mengatakan, kehendak manusia untuk menyelongkar kebenaran abadi tidak akan pernah dipenuhi lantaran keterbatasan keupayaan dan ilmu pengetahuannya. Kau takkan tahu Sifat Tuhan; nikmat itu hanya boleh didapatkan pada Hari Penghakiman.

Albert Camus pula mengatakan harapan adalah punca penderitaan manusia. Beliau mencadangkan, seseorang sepatutnya tidak mempercayai sesuatu melainkan apa yang dunia ini berikan. Kau tidak perlu berharap untuk mempunyai banglo terbesar di dunia, kalau realitimu tidak mampu memberikan ini. Dan mimpi bidadari- baik kau lupakan. Semuanya fana.

Mengarutnya!

Comments

Popular Posts