Perempuan & Cinta

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Nasi arab sedap. Nasi Arab Damsyik lebih sedap. Nasi Arab Damsyik yang dihadap bertiga sangat menggiurkan, dan apabila hidangan terbabit atas kesudian kawan membelanja memang tidak terperi kelazatannya. Pertama kali berjaya melicinkan setalam nasi dengan hanya makan bertiga. Terima kasih kepada si pembelanja, Pak Wan. Moga-moga dipermudah jodohnya :)

Perempuan adalah makhluk yang aneh. Mereka tidak mahu dilihat rendah (bukan secara fizikal maksud saya). Mereka suka menuntut penghormatan dan berani menegaskan mereka sanggup menghadapi apapun situasi. Tetapi bila direnung perempuan meja seberang yang sedang menikmati nasi arabnya, saya tersenyum. Eh, mengapa mengunyah menutup mulut? Kata suka cabaran!

Perempuan hakikatnya memang lemah kurang kuat berbanding lelaki. Tetapi kalau mereka mahu, dengan senangnya mereka menundukkan lelaki. Shah Jahan saudara-saudari, adalah bukti sejarah nyata. Romeo hari-hari berdiri di luar rumah Juliet dengan sekuntum bunga. Saya berbincang dengan Izzuddin pasal perempuan, saya katakan; "Mereka pandai menyalahkan, sampai kita rasa bersalah".

Kalau terjadi pergaduhan di rumah, biasanya perempuan yang menjulang trofi. Merasakan mereka sudah menang perdebatan, bahawa rumah ini memang perlukan perabot baharu. Si suami duduk menyedut rokok, menggeleng kepala sambil memaki hamun jiran sebelah yang pandai menghasut, membuatkan si isteri kepingin kerusi jati dari Itali. Aduhai kereta, bulan depanlah spoiler kau!

Kereta yang menunggu lampu trafik bertukar merah di kiri dan kanan simpang, mulai benderang lampunya. Izzuddin bersenandung sendirian, mungkin sedang memikirkan 'rumah' yang bakal dibinanya. Kami sepakat sebentar tadi yang isteri baik akan mempermudah kerja mendidik anak-anak, dan Izzuddin menambah perempuan sebenarnya tidak menghukum wajib suami ahli sukan.


Di sebelah kanan nun di tengah hutan yang semakin susut, kebakaran sedang merentungkan pokok-pokok dan semak merimbun. Asap berkepul, terdapat butir-butir bara berolak ke udara dan mati di tengahnya. Saya mengerling cermin luar, ternampak seorang perempuan dengan motor putihnya. "Hai, cincin je? Masuknya bila?". Soalan Pak Wan berkenaan wanita dan cincin menerpa.

Beberapa minggu lalu saya disoal kawan. Jawapannya, "Belum!" namun saya semakin menemukan sebab yang soalan tersebut akan berubah kepada, "InshaAllah. Sedang kumpul kekuatan menemui ibu bapanya". Semakin tertarik kepada bidadari yang satu ini (begitupun, ini fenomena biasa lelaki). Tapi dia punya tarikan berbeza, kawan. Cuma saya takut hilang pula hormatnya pada saya.

Saya bagi Izzuddin tunjuk gambar dia sedang mendongak ke langit. Mungkin bidadari satu ini sedang melempar penglihatan ke tempat asalnya, sebelum dia jatuh ke bumi. Jangan terbang pulang dulu, bidadari. Manusia ini mulai membaja harapan. Hahahaha. Gila. Dan, mungkin saya sudah belajar secara hands-on apa itu stalk. Bukan 'tangkai', 'risik-risik'. 

Hai, perempuan...

Comments

Anonymous said…
Aww, cute! From ur header to the last sentence of ur entry, cute! Puhaha.

Mana gambar dongak ke langit tuh? Mau tgk juga permpuan mana yg berjaya curi hati ko.
Sven Medyona said…
Tak lawa sangat pun.

Perempuan pertama buatkan saya tersenyum sendirian bila teringat semula semua pasal dia.

How could I missed such thing.
Anonymous said…
Sy nda expect ko untuk tertarik dengan perempuan disebabkan rupa juga.

But then... Lawa mcm bidadari (aww) bagi ko, cukup lah. She's very lucky!!! Keke.
Sven Medyona said…
Itu salah-satu kelebihan dia :3

Popular Posts