Tanamkan Saya Di Sebelahnya

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Terlalu banyak dalam hidup kita sia-siakan. Kita endah, sehingga ia berlalu tanpa dipandang pun. Kalaulah kita tahu betapa bernilainya ia, maka pasti sekarang ini kita tangisinya sampai datang semula, berjanji akan melayani sejuta kali ganda lebih baik berbanding sebelum ini. Tapi nak buat macam mana, masa mana boleh reverse macam kereta kau. Ia pantas saja bergerak ke depan, membawa bersama-sama perkara yang tersia-sia tadi.

Perkara tersebut boleh jadi peristiwa. Boleh jadi peluang, benda mahupun keadaan. Namun paling kerap perkara itu adalah orang. Orang yang kita tidak pandang pun, bahkan menjeling atas bahu pun tidak sudi. Dia tidak minta dipandang pun, bukan dia yang rugi pada akhirnya. Sehinggalah ia lesap dari pandangan, kita jadi panik. "Ke mana dia?", "Pergi ke arah mana dia?" kita tanya. Tiada sedar bila ia pergi.

Saya banyak mensia-siakan manusia. Banyak sepatutnya saya belajar dari mereka (dan kamu). Mungkin saya patut rangkul mereka, cinta mereka, sayang mereka, berteleku di hadapan mereka, belajar dari pengalaman-pengalaman mereka, menatap mereka, menggelakkan lawak mereka (yang kedengaran tak lawak sangat ponn), memberikan mereka dan menghargai mereka.

Oh, di akhirat pasti saya akan rindu semua ini. Saya akan rindu mereka-mereka, tambahan lagi yang sentiasa berada di sini, di dunia ini, menyokong tanpa henti. Menasihat. "Terima kasih!" dan "Maaf!"- dua perkataan saya untuk kamu. Bisiklah balasannya. Saya dengar.

Dan ya, tanamkan saya di sebelahnya. Dia yang selalu ada di sebelah saya. 

Comments

Popular Posts