Kelelahan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

"Ke manakah Yassin melarikan dirinya dari kelemahan yang ia deritai? Apakah ia lupa bahawa dunia ini sementara sehingga ia perlu takut berhadapan dengan kecacatannya?"
Terdapat garis halus nipis yang memisahkan impian dari kenyataan. Kau boleh bermimpi hidup sebagai jutawan pemilik vila dua tingkat di Santorini, menghadap Laut Aegean, namun kau hanya akan mampu bermimpi. Duniamu itu hanya wujud dalam kepalamu. Kadang-kadang, usaha pun gagal untuk membantumu.

Pada saat inilah kita mulai rasa hidup kurang best. Syurga best. Di dalamnya, segala apa yang kau inginkan di dunia dahulu, diberikan, bahkan dilipatkaligandakan kenikmatannya. Mulailah kau menarik pandanganmu dari dunia dan berusaha keras untuk akhirat.

Sumpah cemburu tengok semua geng ada kelebihan tersendiri yang berguna dalam mencapai kejayaan di dunia. Sumpah cemburu tengok kawan-kawan lain punya pendapatan yang tinggi-tinggi belaka, dengan mudahnya mereka pergi ke sini ke sana.

Kemudian, merujuk pula sumbangan kepada dunia. Sepanjang hidup di dunia, berapa banyak sudah kita bantu ummah yang semakin sakit ini? Berapa ramai sudah kawan-kawan yang kita bahagiakan, berbanding yang kita sakitkan? Banyak mahu fikir woo...

Tidakkah kita berasa lelah hidup? 

Comments

Popular Posts