Pacific Rim

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sudah lebih setahun tidak melakukan sebarang movie review dalam blog neh. Hari neh, atas paksaan seorang gadis sunti indah rupa rambu ramba, saya terpaksa menulis pasal wayang yang baru kami tengok tempoh hari. Sebelum tu, bagi yang belum nampak, pos ini mungkin agak spoiling.

Cerita dari awal

Memandangkan kawan-kawan saya neh sangatlah prospektif, kami sampai di Seremban 2 sejam awal. Maka berjalan-jalanlah kami berputar-putar dalam bangunan empat tingkat tu. Tengok Sony Xperia Z dan Sony Xperia ZR, tengok Nokia Lumia 520 dan cari buku teknik bersosial dan mushaf Al-Qur`an (walaupun realitinya, semua sudah pokai). Budak perempuannya sibuk bergambar, dan "untung" Farah bagi gambar baik punya. Tengok dulu. Hahaha. Anyway, saya pakai kopiah tengok wayang, saja, nak uji sesuatu.

Nadiah terserempak dengan Ashraf Muslim dan Sean O'Pry.
 Saya mahu buku neh. Belikan!
"Beli jelah, Dien!" bisik Sven Medyona.

Pasal 'Pacific Rim'

Sudah, berhenti dengan persembahan gambar yang kurang lawa, lagi kurang menarik tu. Jum kita review sikit wayang 'Pacific Rim'. Mengikut carta ke-best-an, wayang neh memang layak digelar menghiburkan. Grafiknya sangatlah awesome, di luar perkataan untuk diterangkan. Terutamanya bila Raleigh (teman lelaki baharu Farahida Nyotnyot) mendaratkan robot Gypsy Danger. Saya kagum: 8.5/10 untuk grafik *yiihaaa!!*


Jalan cerita pun best. Memang di luar kebiasaan, dan memandangkan saya kasihankan mereka yang belum nampak, saya terus bagi markah: 7.5/10 (amboi). Jadi, keseluruhannya, dalam 8/10-lah. Agak tinggi juga, tapi tidak setinggi wayang sebelum ini, macam 'Flipped', 'Chronicle' dan lain-lain. Lagi satu, tiada kissing part, jadi agak selamat ditonton untuk kanak-kanak.

Ceritanya banyak nilai: hubungan ayah-anak, egoisme, semangat perwira... cuma ada bahagian tidak logik, yang disebutkan Zudien Jiwang, pasal kehebatan robot-robot lain semasa cuba mengalahkan Kaiju Leatherback dan Kaiju Raiju. Cherno Alpha, Crimson Typhoon, Striker Eureka adalah contoh Jaeger yang lain.

Kemudian, kami berbincang pasal Malaysia punya Jaeger. Mungkin namanya Proton Curve. Sekali hempuk terus kemik sana-sini. Senjata? Sudah tentu keris dan sedikit kumat-kamit serapah! Itu belum masuk Indonesia punya lagi tu. Ehem.

Comments

FarahFoxy said…
gahhhh!!kau masukkan gambar aku sinnn!! next time bila keluar elaun kita keluar lagi..ngeh ngeh ngeh

Popular Posts