Dari Bara Menjadi Neraka, Mengecut Menjadi Debu?

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

 ...tapi masih boleh dibakar, masih boleh marak.

Saya cuba memberikan minat saya terhadap penulisan suatu kata sifat; satu-satunya yang selalu timbul di atas kepala adalah ini: bolak-balik, yuwaswisu, turbulence. Ia ada, sekejap hilang, sekejap bersembunyi di balik bosan. Ia macam seorang anak murid saya dahulu; hadirnya ke sekolah tak siapa boleh menebak, tetapi bila dia ada, kehadirannya memunca riang dalam kalangan rakan-rakannya, bahkan guru-guru dan pekerja pembersihan.

Ada orang bilang, bakat itu hadiah. Kita dapat hadiah kerana kita memenangi sesuatu, kan? Jadi, kita telah menang apa bilamana kita punya bakat? Ada pula bersurah, bakat itu amanah. Maka, saya kepingin bertanya: bukankah mensia-siakannya boleh dianggap pecah amanah? Semacam seorang tentera diberi senjata namun tidak bertindak bila negaranya diserang; atau - ya, ibarat seorang murid - disumbat ke dalam begnya berbelas buku latihan, namun direntap tiap halamannya, dibikin kapal terbang kertas. Konyol. Batil. Hampa.

Beginikah posing seorang penulis? Stereotaipnya!

Oleh itu, semenjak saya melangkah masuk ke dalam Pesta Buku Antarabangsa beberapa tahun lalu buat pertama kalinya, saya berjanji tidak akan berputus asa kepada tiga perkara: agama, diri-sendiri (bersekali orang rapat) dan penulisan. Di sana orang melihat puluhan ribu buku, ratusan rak-rak ilmiah; saya melihat api semangat yang menyala-nyala, baik yang baru bermula ataupun yang telah di akhir kerjaya mereka selaku karyawan. Saya - sebiji bara ketika itu - ditiup semangat, dikibar-kibar kesedaran bahawa menulis itu amanah dibungkus menjadi hadiah, menanam azam untuk memiliki buku sendiri. 2018, ia berhasil.

Wow. Sah jawatankah, tu bang? XD

Tapi saya tidak berasa lengkap. Dan berasa ironi. Sepanjang saya menulis buku itu, seakan-akan buku itu menulis saya. Justeru, ia seperti persamaan yang saling membatalkan satu sama lain. I feel like I went back to zero. Benar, di Goodreads ia mendapat skor 4.25/5.00, akan tetapi ia tak menggambarkan apa yang saya mahu. Ia cuma menjelaskan apa yang saya rasa dunia mahu dengar dan saya berasa jelek dengan kenyataan itu. Sekarang ini, saya sendiri tidak mengingati apa yang saya tulis di dalamnya, apalagi orang lain?

Ada kawan memujuk, "Kau menulis untuk masa depan membacanya," but fuck future! Yang masa kini, siapa pula yang mahu membantu mengurusnya? Maksud saya, di kekinian ini, minat saya - penulisan - yang selamanya meneman zaman paling suram dalam hidup saya, adakah ia masih seindah dahulu? Masihkah berbungkus seperti hadiah, atau telah calar, remuk, bengkok, redam, kusam, comot, ternoda dan - dengan itu - terkhianati?

Could've easily been my last photo that I took

 Wajah Hafiq yang berlarian keliling sekolah menerpa. Iya, kehadirannya tidak dapat diduga, namun, setidak-tidaknya, bila dia memang hadir, hadirnya tulin dan membawa bahagia. Hadirnya tidak dimomok nasihat Faisal Tehrani yang menyuruh membawa solusi kepada masyarakat. Saya melihat dunia serba demikian, kini. Saya masih tak putus asa dengan kudrat akal dan jari untuk menulis (kalau ya, sedang buat apa saya di sini, kan?). Hahahaha.

Dari bara, saya marak menjadi unggun. Dari unggun saya menyala menjadi matahari. Dari situ, saya terik menjadi neraka. Lama-kelamaan, semangat saya habis terbakar, saya mengecil menjadi lilin di tengah Felda. Saya hanya boleh katakan, "Kau tunggu aku benar-benar matang, oh dunia. Kau akan terang seperti siang". Doakan saya, teman-teman :)

Heh. Yang ironinya, sepanjang saya menggunakan analogi api/bara, tak saya sedar, rupanya itu menandakan selama ini saya terbakar dan membakar.

I get to live this moment.

Comments

Popular Posts