Pasang-Suai

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya tanya kamulah: kamu percayakah pada analogi 'pasang suai' dalam menerangkan hidup manusia? Adakah semuanya pasti akan berakhir kepada suatu peleraian bahagia, aman dan memuaskan hati? Atau kau seorang realis yang percaya bahawa kebanyakan manusia meninggalkan dunia ini dengan impian yang terkubur bersama mereka? Adakah lebih praktikal untuk percaya begitu? Atau, lebih sukakah engkau bersenang-senang dengan khayalan bahawa inilah syurga yang di dalamnya semua cita-cita boleh menjadi nyata?

Kalau hidup ini pasang-suai, siapa dan apa yang tentukan kesesuaiannya (bukan susunan yang salah)? Kalau sudah terpasang, bertahun-tahun lamanya, lalu kau mendapati pasanganmu salah; adakah boleh diperbetul semula? Kalau ia tidak boleh diubah-ubah lagi, bukankah itu lebih mengganggu jiwa, untuk percaya bahawa kita telah terjerat dalam suatu realiti yang membawa ke pada dukacita? Ini adalah antara soalan-soalan kepada analogi pasang-suai. Selagi ia belum dijawab, mempercayainya adalah perkara mengarut.

Comments

Popular Posts