'Orang-orang' Orang

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Kadang-kadang, orang cakap saja, tanpa betul-betul memaksudkannya. Mereka mengatakannya supaya mereka kelihatan prihatin dan ambil kisah. Kadang-kadang, orang menghuraikan itu dan ini supaya kononnya mereka bebas daripada tuduhan bahawa mereka tidak melakukan apa-apa, bahawa mereka telah memainkan peranan sepatutnya.

Bukan jarang saya temukan orang sebegini. Di Facebook, ada ramai, berlimpah-limpah, sebab itu saya rasa perlu undurkan diri seketika daripada laman sosial itu. Ada orang ini mengutarakan kerisauannya; bila saya tanyakan lebih lanjut mengenai kefahaman mereka tentang isu, mereka malah meradang. Apalagi kalau ditanyakan peranan mereka dalam hal itu.

Hipokritikal


Tidak, saya tidak katakan bahawa saya bebas daripada kelakuan sebegitu. Hahaha. Sebagai orang bahasa, barangkali saya melakukannya lebih kerap berbanding orang lain. Dalam pos ini, saya tidak ingin mempersoal siapa yang melakukan, lebih kepada mempertanya, apa maksud di sebaliknya.

Perkataan yang dicakap-cakap saja tanpa sebarang tujuan kepada erti percakapannya, seperti orang-orang di tengah sawah padi. Memanglah pada mulanya ia berupaya menghindar segala macam kebaikan yang tumbuh melata dalam rimbun padi, masyarakat tapi lama-kelamaan, apabila sang gagak sudah terlalu terbiasa, ia pun jadi tidak takut lagi.

Pesan Dr Faisal Tehrani, kita ini dimangsai

Gagak-gagak penjahat pasti tidak akan risau lagi memagut semua kemuliaan manusia, demi mengenyangkan tembolok mereka yang tidak akan pernah kenyang. Justeru, semakin banyak kita pacakkan orang-orang, keadaan tidak akan menjadi lebih baik. Apa sangatlah patung jerami itu lakukan, berbanding si unggas hitam bersayap yang rakus, saban waktu singgah memamah kita semua.

Pos panjang ini bukan bertujuan untuk menutup mulut manusia. Pos ini bertujuan untuk membuka hati mereka (dan saya juga, apalagi). Realiti tidak seindah atau semudah apa yang dikata. Di sini, saya merujuk kepada perjuangan sehari-hari manusia dalam kehidupan masing-masing. Ada orang terlalu mudah mengungkap kata mengenai hidup orang lain, tanpa menyedari bahawa ia telah menyebabkan gagak hitam mengerumuni kawannya itu.


P/S: Pos ini panjang lagi, sebenarnya, tapi saya tidak sengaja 'refresh', jadi ada bahagian yang hilang. Biarlah. Mugnkin Tuhan tidak suruh letak.

Comments

Popular Posts