Kontrol Lidah

ASSALAMUALAIKUM


Kadang-kadang, kita memperkatakan sesuatu sebagai simbol kepada erti atau tujuan yang lebih dalam. Memanglah kita katakan A, misalnya, namun bukan maksud A itu yang menjadi tujuan percakapan kita. Kadang-kadang, maksud suatu perkataan atau ayat hanyalah wadah kepada tujuan yang lebih besar lagi. Muslihatnya adalah dalam memberi kefahaman kepada orang yang kita ujarkan percakapan kita itu tentang tujuan butir bicara kita.

Pengajaran


Dari situ, ada banyak pengajaran yang boleh kita dapatkan bagi perbualan kita sehari-hari. Pertama, kalau tujuanmu tidak difahami, bukan menjadi salah orang yang kautujukan perkara yang kaukatakan. Barangkali dia melihat kau dari persepsi berbeza, lantas cara dia memahami percakapanmu pun berbeza. Kau harus mengenali dirinya, kecenderungan, kelebihan dan pantangnya, supaya daripada perkenalan itu kau boleh rangka ayat yang lebih dekat ke hatinya. Jika tidak, sampai bila-bila pun kaukan disalahfahami oleh orang itu.

Kedua, akan ada masa juga kau tersalah faham apa yang orang perkatakan kepadamu. Bila dia kata kau memerlukan sedikit latihan lagi, agar lebih lancar dalam pidatomu, barangkali adalah untuk menjadikan kau lebih baik, serta dia awal-awal melihat kau menjunjung piala kemenangan, jauh sebelum dirimu. Di sinilah kau akan betul-betul kenal bagaimana dia meletakkan dirimua di sampingmu. Nah, hargailah semua yang pernah kau bawa berbual.

Ketiga, berhati-hatilah dalam bercakap. Bukankah ada hadis yang mengeluarkan amaran tentang sebahagian ahli neraka yang terjerumus ke dalam siksaan itu gara-gara tidak pandai mengurus percakapannya? Pilihlah perkataan dengan sebaiknya, mengikut orang yang kau bawa bercerita. Atau, diam saja. Adalah lebih baik kita tertuduh sombong oleh kediaman kita, berbanding mengguris hati orang dengan mulut yang tidak terkawalkan.


Semoga kita diberi kekuatan untuk mengawal lisan kita :)

Comments

Popular Posts