Kehendak Siapa?

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Hari, seperti hari-hari yang lepas. Sekejap tenggelam timbul dalam gembira, sekejap lemas dalam perasaan. Bhahaha~saya ndatau macam mana saya patut perlakukan hidup. Sudah cuba mempunyai objektif (hei, 'Kesejatian' saya sudah 60% siap), tapi masih- saya nda boleh lawan galau iman dan perasaan. Saya berdoa tiap kali, saya kadang-kadang timbul keraguan; Tuhan apa dengar atau tidak? Sebab, kebanyakan doa, macam nda makbul jaa.

Qul a'udzu birabbinnaas. Malikiinnaas. Ilahinnaas. Min syaril waswasil khannaass. Alladzi yuwaswisufi sudurinnaas. Minaljinnati wannaas.

Mungkin itulah sebabnya dinamakan Islam. Aslama = ketundukan, keberserahan. Bilamana kita beribadah, berdoa dan berserah, baru lengkap rukun ketakwaan kita. Kalau mahu terus-terusan dikabulkan segala doa, mungkin mudaratnya akan menysatkan. Hanya Tuhan yang tahu. Kita bukan manusia yang wujud untuk dipuaskan, tapi wujud untuk memuaskan kehendakNya, walaupun masih misteri kenapa Dia berkehendak sedemikian. Kita ikut jaalah, kehendakNya.

Kerana itu, masa sekarang, saya minta Tuhan kuatkan hati dengan takwa dan kesabaran. Untuk semua manusia, Muslimin Muslimat, ibu ayah, adik-beradik, kawan rapat dan kenalan jauh. Kita tidak mampu menjamin siapa yang sanggup bertahan sampai penamat, atau siapa yang kalah dengan kekeliruan di tengah-tengahnya. Harapnya kita semua sampai ke seberang.

Comments

Popular Posts