Cakap-Cakap

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sebetulnya, saya nda pandai bercerita. Maksud saya, bercerita itu apa sebenarnya? Berkongsi pengalaman? Berkongsi pendapat? Melontarkan idea? Berbual-bual pasal sistem itu dan ini? Kemudian, soalan kenapa; kenapa perlu bercerita? Kenapa perlu bersua, membuka mulut dan saling mendengar?

Bila diperhatikan, manusia makhluk yang sangat aneh. Mereka berinteraksi, bergaduh dan bermesra-mesra. Hidupan lain memang lakukan benda tuu, tapi manusia pelik sedikit. Mereka berbual-bual tanpa sebab yang mutlak. Contoh: berbual-bual untuk berkenalan. Okay, lalu apa?

Mak cik-mak cik gossip apa lagi. Kalau seharian tak berjumpa dan – matoge, orang Bugis cakap – pasal seorang wanita yang mereka sepakati sebagai musuh, tak sempurna hari. Macam makan tak cuci tangan. Atau ke tidur tak tutup mata. Strange, isn’t it?

Jadi, saya di sini lagi, menunggu orang dengan kepala geliga menjelaskan maksud sebenar berbual-bual. Atau bercerita. Saya ndamau definisi menurut Kamus Dewan, atau petikan kata-kata orang-orang hebat. Saya hanya mau mendengar idea dan pandangan mereka. Apa yang ada dalam kepala.

Saya mahu kami bercerita.

Comments

Popular Posts