Apa Yang Kamu Buat Untuk Menentang Kasih Sayang

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Baru-baru ini mengambil Ujian Kegusaran Sosial (Social Phobia Inventory [SPIN]), dan mendapati saya adalah seorang yang sangat-sangat gusar bilamana berhadapan dengan situasi sosial. Keputusan itu tidak mengejutkan, bahkan memberikan kelegaan, saat ia mengesahkan yang apa yang saya rasa. Saya sudah nda malu untuk menjadi pemalu, yang dulunya saya ingat sikap jelek saya. Ia juga menambah ilmu berkenaan personaliti saya; Peaceful Phlegm dan introvert.

Ia buat saya sayang diri saya.

Bercerita pasal kasih-sayang, suatu persoalan timbul yang menyebabkan saya rajin menulis masukan neh. Kalau seseorang itu jadi sayang kepada seseorang yang lain, sedangkan hubungan sebelum ini hanyalah kawan biasa-biasa malah benci, apakah mustahil untuk kita mengubah perasaan cinta tersebut kepada kasih-sayang? Saya bercakap dalam maksud yang umum- kawan, keluarga, dan lain-lain. Boleh kaa perkara seperti ini berlaku?

Kita tidak boleh rasa secara terus sebenarnya jikalau seseorang itu sayangkan kita, atau, berapa besar kasih-sayangnya terhadap kita. Tetapi saya menilai dengan beberapa perkara; cara layanan, perhatian dan pengorbanan. Kalau layanan lain istimewa berbanding manusia lain, atau sama dengan manusia yang ia sayang, maka kita disayangi. Pasal perhatian pula, kalau cara dia melihat kita bercakap atau mencerap bintang menyebabkan kita rasa aman, maka kita adalah tumpuan kasih orang tersebut.

Adapun pengorbanan sebagai tanda cinta maksudnya lebih besar dan lebih menyayat hati; seorang negarawan, seorang sasterawan, seorang guru, seorang tukang kebun pun, kalau dia berbuat kerja bersungguh-sungguh, pasti dia sedang menyayangi seseorang. Anak isteri, adik atau kawan-kawan yang memerlukan bantuan kos pembedahan jantung.

Entahlah, saya ara suatu perasaan kuat bilamana berhadapan dengan manusia. Pengorbanan sedikit daripada orang lain, saya terus menyangka dia jatuh kasih kepada saya. Mungkin kerana hakikat saya seorang introvert-phlegmatic-sociophobic, maka cinta sedikit sudah mengujakan. Kau tahu, orang-orang jenis macam neh, dalam diam hauskan perhatian, layanan dan pengorbanan. Memang bull’s eye.

Belakangan ini, ada perasaan yang layanan yang diterima serta perhatian yang diberikan menyusut.

Uhm. Bercakap pasal cinta lelaki-perempuan pulak. Senarai sayang saya pada perempuan banyak. Ada dalam senarai tuu, saya letakkan “kes khas”, yakni mereka yang pernah saya berharap untuk … ya, perhubungan yang begitu. Tapi lama-kelamaan saya tau itu cuma mimpi (amboi~). Perasaan mengharap sesuatu dan tidak mendapatkannya memang menyakitkan. Begitulah dengan “kes khas” ini.

Ndataulah kalau kamu, tapi kalau saya, bilamana kamu menyayangi seseorang, dan takut berhadapan dengan realiti yang kamu tidak akan dapat menjadikan dia pasangan kamu (seperti yang kamu harapkan), ubah cara pandang kamu terhadap dia. Bukan membenci, atau menunjukkan tabiat supaya dia membencimu, kerana itu bukan hasil fikir orang matang.

Kebencian yang kamu taburkan sudahlah membumbu dosa, ia bahkan menyebabkan kamu berhadapan dengan masalah yang lebih dalam lagi. Kau cuba menafikan sesuatu yang sangat suci, yang telah menjadikan saya di sini, yang sednag menulis entri dan kau di sana yang membaca. Cubalah, bila kamu suka mencinta, kamu akan mendapati dirimu lebih bahagia. Tuhan berikan kau anugerah, kau dagangkan dengan syaitan, rasa benci.

Kamu penakut, kalau begitu.


Dan, saya sayang sahabat saya (4S).

Comments

Anonymous said…
Awww, 4S.

Sepa "kes khas" tuu? Bagitau seja. Kalau boleh tolong, sy tolong. Tp approach sy agak agresif sikit laa. Haha.

Popular Posts