Ketiga

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Alhamdulillah, selamat jua teraju dikerah ke garisan penamat. Walaupun mendapat tempat ketiga, namun masih berbangga bisa melepasi saringan demi saringan. Cabarannya bertambah; kalau dahulu hanya sepuluh pasukan, tahun ini kami terpaksa bersaing dengan sembilan belas pasukan yang lain. Sengit memang sengit, tetapi walaupun tanpa ikon terkenal kami, pasukan IPG Teknik meraih kejayaan yang dianggap sangat bermakna.

Cita-cita asal yang terpasak dalam hati (dan saya percaya, hati setiap ahli pasukan kami) adalah menjadi johan. Kami berlatih siang malam (benar) di kafetaria, mahu menebus kenyarisan menjadi johan tempoh tahun. Akan tetapi rezeki itu aturan Tuhan, Dia memberi selayaknya, jadi ketiga pun, ketigalah. Dengan hati redha namun separuh kecewa, kami sambut serahan piala setakwanya.

Kehendak awal berubah menjadi keghairahan untuk menuntut pembalasan. Niat alih-alih saya lurutkan agar lurus semula kepada menyampaikan apapun yang saya miliki. Bukannya seberapa pun, akan tetapi selalu berharap seseorang di depan sana yang sedang memerhatikan khusyuk mendapat sesuatu. Menjadi 'alat' Tuhan untuk memberikan ilmu adalah peranan mulia. Semua kita mesti mahu jadi.

Bahasa Melayu

Suka Bahasa Melayu. Cinta  Bahasa Melayu. Membaca wacana dan artikel Nik Safiah Karim, Awang Seriyan, Ahmad Hamidi dan banyak lagi - yang sebetulnya sekadar untuk menambah rujukan - buatkan saya sedar keindahan bahasa lingua franca Nusantara sehingga tahun 1753 menurut Ahmad Zahid ini. Biarlah orang lain melihat penuh ejek, saya sedaya mungkin akan menggunakan Bahasa Melayu yang betul.

Comments

Popular Posts