Emas & Perak

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Suatu hari, dua penggali emas menggali di sebuah gunung. Setelah mereka menggali selama berminggu-minggu, akhirnya suatu hari pada mata pangkur salah-seorang daripada mereka, terdengar bunyi dentingan. Beberapa saat mengorek dengan tangan kemudian, dari lubang yang sebesar dua telapak tangan, kemilau kencana menerangi mata. Dan sudah tentu, masa depan mereka.

Katalah seorang namanya Panjang dan seorang lagi, apa ya? Uhm, Lebar. Apabila ketemu emas, maka galaklah mereka menggali dalam dan semakin dalam. Si Panjang mengorek emas, si Lebar mengangkutnya keluar gua. Terkadang isteri kedua-dua mereka datang dengan sedulang makanan, dalam diam mengharapkan dihulur seketul dua besi kuning berharga itu.

Setelah seminggu menggali, lubang yang terhasil terlalu besar dan dalam. Si Lebar yang memerhati dari luar semakin risau melihat dinding serta bumbung gua yang bergegar secara berkala. Hal ini dia beritakan kepada Si Panjang, tetapi Si Panjang di dalam kan, manalah dia mahu percaya. Lagi pula, emas semakin banyak dijumpai, meninggalkannya membazir. Si Panjang terus menggali.

Ditakdirkan, gempa bumi berlaku. Si Panjang di dalam gua tidak sedar, asyik bermandi dengan sinaran kencana. Si Lebar bagai hendak gila menjerit, akhirnya dalam keadaan terpaksa, dia menarik kawannya itu keluar gua. Si Panjang tidak berasa senang dengan tindakan Si Lebar. "Kau ni, banyak lagi emas yang boleh kita keluarkan!"

Orang tidak akan menghargai kita, atas kebaikan yang kita berikan; ini bukan masalah kita. Tugas kita hanyalah memberi nasihat, menegur dan menunjukkan ke jalan yang lebih baik dengan sebaiknya, ini tujuan kita. Bukan minta disanjung atau dipuja. Bukan minta diberikan seketul dua emas seperti isteri-isteri Si Lebar dan Si Panjang. Cukup itu, peduli apa orang hendak kata.

P/S: Apa yang membuatkan tindakan betul berharga? Ia adalah, apabila tidak dilakukan, akan menyebabkan kerosakan serta kerugian yang nyata. Hehe. Marilah kita sama-sama tidur berselimut dengan renungan ini. Selamat malam, dunia =)

Comments

hetty said…
Lubuk Mandi. Cuba guna cerita yang tiada unsur claustrophobia boleh? Eeeeeiiiii
Sven Medyona said…
Waah. Pernah baca kaa, 'Air Mata di Lubuk Mandi'?
hetty said…
Dude. Kau yang bagi kot. Remember?

Popular Posts