Bila Bosan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Bosan... sementara menunggu waktu dipanggil untuk kerja sukarela di Putrajaya neh, bosan pulak. Zudien dan roomie sedang berada di Melaka, menikmati cuti-cuti Malaysia di sana. Alang-alang kebosanan, saya mahu kongsi beberapa perkara yang saya lakukan kalau bosan. Jangan bosan pulak baca (oh, lame joke is lame). Saya buat secara menurun: dari paling suka ke paling kurang suka buat.

1. Menulis/menaip

Kegemaran paling saya sayang. Orang kata, aset saya. Hurm, kalau aset dimaknakan 'perkara paling saya suka', maka iyalah. Menulis/menaip adalah aset saya. Tidak kisahlah; menambah entri baharu, menyambung penulisan novel, mencipta cerpen atau sekadar menaip, saya enjoy buat aktiviti neh. Lepas semua tekanan. Lega fikiran kusut. Macam yang saya buat sekarang. 

Kadang-kadang, saya sendiri tak tahu apa yang saya taipkan. Tahu-tahu, siap: banyak ralat yang saya sendiri gelak. Paling best ralat tu masa siapkan brosur untuk subjek Kimia. Kawan-kawan sekelas mesti masih ingat:- 'the power of love', 'takat didih mug milo' dan 'nitrogen seksi'. Habis digelakkan seluruh kelas. But it was a good laugh.

2. Membaca

Saya suka membaca bukan for the sake of intellect. Saya sekadar suka. Walaupun kadang-kadang saya tidak faham apa yang saya baca, lambat-laun terkulai juga di bawah selakan buku. Terbangun, nampak buku sudah berkerenyuk di bawah badan. Saya 'salahkan' ibu mengenai sikap ini. Saya ingat lagi, ibu rajin bawa saya ke Perpustakaan Negeri Tuaran.

Di sana saya baca buku dinasour. Ingat nama-nama cicak-cicak besar tu. Allosaurus, Tyrannosaurus, Stegosaurus, Diplodocus. Paling besar Seismosaurus dan Branchiosaurus, yang tinggal di China 180 juta tahun yang lalu. Kelas Sauropod. Penangan asuhan ibu, siap hafal era-era Bumi. Dari Pre-Cambrian, Cambrian, Devonian, Silurian, Carboniferous. Mesozoic, Triassic, Jurassic, Cenozoic. Sekarang terkikis sikit sudah, ingatan pasal tu.

4. Menyanyi
 
"AHHHH! OPPA!". Ini anak Melayu. Jantan Melayu. Saya bukan nyanyi lagu macam lagu mereka.

Mangsa adalah jiran setempat. Asal balik dari kelas, saya akan kunci pintu dan jerit puas-puas. Keseronokan mencapai pic tinggi tidak boleh tergambar dengan perkataan. Buka pintu loker, tatap cermin kemudian sisir rambut buat gaya selebriti. Bajet artis hendak buat konsert lagaknya. Kemudian sambung melalak sampai azan berkumandang menghentikan.

Ayah saya dulu penyanyi. Ibu pun. Jadi kalau darah artis itu mengalir secara genetik kepada saya, apa salahnya? Walaupun disuruh ikut pertandingan saya tolak macam kera kena belacan. Tak naklah mendedahkan diri sangat. Kesian pula artis Malaysia kais pagi makan pagi. Apapun, bukannya betul. Kalau suka tak semestinya kau mampu. Kita layan jaa :)

5. Melukis.

Saya ada simpan gambar-gambar yang saya hasilkan. Kalau tunjukkan dekat orang, orang takkan faham maksudnya. Saya sendiri tak faham apa maksudnya. Karya asli. Tiada lakaran awal, tiada gambaran otak; terus terjemahkan perasaan kepada gerakan tangan, kepada seretan pensil warna di atas kertas putih. Macam-macam saya lukis: perempuan dengan kepala mentol, langit senja yang pecah-pecah. Kalau saya tengok, saya senyum sendiri. Bangga. Tampal dalam loker.

By default, I'm an artistic-type hunk. Pensyarah sendiri ada kata. Kawan-kawan, pun. Entah macam mana boleh tersangkut dengan kumpulan Sains, entah. Sebab itu penulisan saya berjela mungkin, tapi isi kurang. Banyak bunganya. Mujur ada kemahiran mengolah fakta dan petikan tokoh. Bolehlah tambah sikit-sikit "kekritisan" hasil kerja. Tapi saya sendiri akui, saya tak pandai semua neh.

Satu lagi tanda, saya lebih humanistik berbanding kognitif. Saya tidak berahi keteraturan. Saya tidak syeh sistem yang mekanistik, yang malar kurung manusia dalam kotak birokrasi. Saya suka keluar dari kotak itu, bersiar-siar di sekelilingnya. Saya cabar sistem, saya apa kisah. Hah, ini minda orang artistik, tahu? Tapi kemudian, kau suka tak semestinya kamu mampu.

6. Menonton wayang

Dajjal? Dalam wayang 'The Hauntings of Cnnecticut'. Wayangnya tinggi mutu :)
Juga kesukaan. Kalau musim selesai semua tugasan, ada kalanya sampai lima wayang sehari (tengok dari komputerlah). Saya suka wayang pasal falsafah, kehidupan dan pasal menjadi manusia. Dari filem tu, saya koreklah mana yang patut. Yang tidak patut saya lupakan. Cuma sebagai lelaki, "adegan panas" sukar dilenyapkan dari fikiran. Hahaha. Bergurau.

Kalau nak berbual dengan saya pasal wayang, sempat 15 jam kuliah pun tak cukup. Sejujurnya, saya belajar banyak daripada wayang. Begitupun, wayang ini euforik. Kesannya macam secawan Nescafe. Kesan dadah tu, sejam dua jaa boleh tahan. Tapi kalau diambil kerap, jadi darah daging, memang akan bertukar jadi kebiasaan. Macam wayanglah. Tengok banyak kali, kemudian sedar tak sedar, kau jadi baik. 

Ada banyak lagi...

Sudah, banyak lagi aktiviti dalam jadual. Nak bersihkan diri, kemas bilik dan kemas kini status gah. Nak 'Like' banyak-banyak. Hahahaha. OK-lah, kawan-kawan. Sampai entri akan datang (rasa macam puteri raja strawberi pulak buat pengakhiran macam neh). Salaam :)

Comments

Anonymous said…
Hurm... Mana no. 3?

Keke.
Anonymous said…
Hurm... Mana no. 3?

Keke.

Popular Posts