Sunyi

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Tidak pernah merasa lebih sunyi berbanding hari ini. Sekarang. Cuba untuk menutup dengan siri senyuman yang panjang, namun akhirnya yang tertinggal adalah rasa yang menyakitkan. Sangat rindu dengan kawan-kawan se-MRSM dulu: Sharynol, Shafwan, Ikhwan, Zaman, Rizan dan Aizat Abu Bakar. Mereka kenal saya.

Kalau nampak saya sedih, Zaman dan Aizat mesti buat lawak depan saya, supaya saya gelak. Kalau lapar, Yan bawa naik ke biliknya, keluarkan semua makanan. Kalau penat, tiba-tiba ada tangan mengurut dari belakang- Ikhwan. Shafwan selalu dengan idea-idea terbaiknya, Rizan pula dengan sikapnya yang sedikit matang.

Betullah, kalau mahu dinilai orang yang bergelar 'sahabat' di sekeliling kita, berapa sangatlah yang betul-betul memahami. Bahkan, yang selalu menyakiti, yang tidak memahami (atau salah faham) dan yang mencabar prinsip saya untuk sekadar merendah-rendahkan, ramainya melebihi yang sekurang-kurangnya tidak meletakkan apa-apa beban.

Saya sudah terlalu sakit untuk menahan kesunyian. Sampai berfikir untuk melangsungkan perkahwinan (bayangkan betapa terdesaknya perlukan teman). Tapi ke kelas, entah macam mana kesakitan neh boleh hilang; adakah kerana saya berlakon kuat atau ada dalam kalangan mereka benar-benar boleh buat saya sembuh sementara.

OK-lah blog. Terima kasih pinjamkan bahu.

P/S: Doa saya selalu, "Ya Tuhan, kirimkan aku kawan; dia yang boleh damaikan rasa, yang bantu ringankan beban sengsara, yang tidak lokek pelukan". Pathetic, I know. But then, aameen.

Comments

Popular Posts