Kerana Blog Belum Cukup

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Alhamdulillah, baucer buku yang telah diedarkan rakyat kepada kami semua, guru pelatih,  telah saya habiskan dengan jayanya. Banyak jugalah benda yang saya beli, khususnya buku motivasi untuk menjadi penulis. Sekarang sedang menghabisi buku 'Travelog Budak Mentah', hasil karang Hafizul Faiz. Bahasanya indah, tiada bunga-bunga asing yang keterlampauan, cukup sekadar apa yang saya fahami. Dan, bukunya memberi saya ruh penguat untuk mulai memindahkan tulisan dari blog ke naskhah buku, kerana dia dahulunya juga seorang pengeblog.
Paling atas :)
Sebelum menghabiskan baucer, habiskan duit dengan Nasi Arab Damsyik dengan rakan sekursus dari IPRM.
Cuma sekarang, bingung memikirkan bahasa apa yang patut saya gunakan sebagai langkah sulung penghasilan buku. Kalau boleh, biar ikut resam bayi; bertatih-tatih. Mahu menulis cerpen sebelum semi-novel dan novel. Saya sebenarnya kurang meminati novel, lebih kepada tulisan pendek, seperti tulisan Dr Faisal Tehrani, 'Sunyi, Poppy & Penulis' serta 'Malam Tiga Hari Sebelum Hari Natal'. Serius satu must-read.
Saya dahulu artisan yang hebat. Serius. Sekarang, perlu gali semula.

Comments

Jamal Ali said…
Setelah mengelintar agak jauh ke dalam rumah ini - saya perhati.

Saudara ada gaya yang tersendiri, dan saya menjadi menanti mengenai karya saudara.

Semoga berjaya!

Popular Posts