Diam Itu Bukan Dosa

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Diam selalu dikaitkan dengan perkara-perkara pasif dan kadang-kadang, negatif. Sebahagian idea ini betul, contoh: diam ketika melihat maksiat, diam ketika ketidakadilan bermaharajalela dan diam meskipun mengetahi kebenaran. Bahkan, cuba bayangkan kalau Rasulullah SAW berdiam diri setelah Jibril a.s mengajar baginda iqra`, mesti dunia ini bergelap dari cahaya Islam. Pos ini bukan mahu menyentuh diam dari aspek keagamaan dan moral, lebih melalui spektrum sosial. 

Diam = kurang potensi diri

Kalau kamu termasuk golongan yang berpendapat diam menunjukkan kurangnya intelek dan kemahiran sosial, maka kamu patut baca 'Quiet', hasil tulisan Susan Cain dan berasa malu dengan diri-sendiri. Beliau dengan panjang lebar, menggunakan sebanyak 271 muka surat membidas pemikiran sedemikian. Dengan sepenuh rasa rendah diri saya tidak berniat untuk menyaingi beliau, namun elok kita tengok fenomena diam ini.

Persoalan yang pertama perlu dijawab: mengapa seseorang itu diam? Ketika upacara brainstorming atau semasa berlangsungnya pembelajaran koperatif, apa yang melibatkan seseorang itu memilih untuk diam? Adakah kerana beliau tiada idea? Atau tidak mahu mengambil risiko dimalukan dan berbuat kesilapan dalam ideanya? Atau ada sebab lain?

Peribadinya, saya melihat seseorang itu diam kerana dia sedang berfikir. Di luar dia kelihatan tenang, tapi di dalamnya dia sedang memikirkan masalah-masalah terbesar dunia. Apapun niatnya, dalam bersosial, diam menunjukkan penguasaan terhadap diri dan lidah. Bukankah lidah punca utama seorang anak Adam dilontar ke neraka?

Diam adalah kebenaran dalam bersosial. Ia bukan 'ya' dan bukan juga 'tidak'. Mungkin bermaksud 'tidak peduli' atau 'bukan hal saya', namun kedua-dua ini bukanlah suatu pengakuan mahupun penafian kebenaran. Seperti contoh, seorang perempuan bertanya mengenai keindahan potongan bajunya; kalau saya berdiam diri, itu tidak mengatakan bahawa saya menidakkan atau mengiyakan keindahan bajunya.

Kalau boleh, kita diam. Melainkan melihat kemungkaran, atau tiada siapa sudi berdiri untuk menjawab soalan yang diutarakan pensyarah, kita patut praktis diam. Tapi, kalau semua diam, mesti sunyi dunia. Sebab itu Tuhan Maha Agung ciptakan manusia introvert, ekstrovert dan ambivert. Supaya seimbang.

Saya sendiri, selepas mengambil ujian personaliti Myers-Briggs, mendapati bahawa saya 89% introvert, dan sepatutnya saya seorang pendiam. Namun kerjaya ini mendesak saya menjadi se-sosial mungkin, itulah masalahnya. InshaAllah, saya akan kurangkan. Sebelum saya habiskan entri, baca ini: 
"While extroverts tend to attain leadership in public domains, introverts tend to attain leadership in theoretical and aesthetic fields. Outstanding introverted leaders, such as Charles Darwin, Marie Curie, Patrick White and Arthur Boyd, who have created either new fields of thought or rearranged existing knowledge, have spent long periods of their lives in solitude. Hence leadership does not only apply in social situations, but also occurs in more solitary situations such as developing new techniques in the arts, creating new philosophies, writing profound books and making scientific breakthroughs." 
- Janett Farall & Leone Kronborg (1996). Leadership development for the gifted and talented. Fusing Talents--Giftedness in Australian Schools. Adelaide: Australian Association of Mathematics Teachers.

Comments

Popular Posts