Tiket

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Pergi ke HEP dengan hati penuh berharap. Nyata, memang sangkaan saya betul. Saya tidak dapat tiket kapal terbang pulang ke Tawau. Balik bilik, dirikan solat dan terus buka laman web 'Air Asia' dan 'MAS Airline'. Yang paling murah RM720.00. Mahu berderai air mata; aduh, susahkan keluarga lagi. Elaun sudah susut, kesan tindakan boros saya.

Tuhan kalau mahu  tunjukkan manusia betapa miskinnya mereka dan betapa Kayanya Dia, memang boleh buat sekelip mata. Boleh dibuatnya saya lupa meletak nama (atau nama tercicir), langsung hangus sponsorship maktab. Saya diamkan air mata: ujian ni. Kalau tidak pun kaffaratul zunub. Tetapi Tenom-Pangi manakan selamanya mampu menampung airnya (nampak tak ideanya, di situ?).

Sekarang saya tengah berfikir sama ada perlu balik atau tidak. Malang SBE buat di Tawau, kalau tidak saya rela menetap di sini, beraya di hadapan Menara Berkembar Kuala Lumpur. Dengan jejeran air mata, sudah pasti. Tuhan, kuatkan hambaMu yang satu ini.

Saya optimis yang Tuhan tidak zalim dan TindakanNya semua ada sebab/hikmah. Saya serahkan segala urusan atas perihal ghaib sebegini. Tuhan lebih mengetahui. OK-lah, penat meluahkan perasaan. Buat yang confirm balik, selamat berhari raya di kampung halaman. Jangan risau, I'll be fine.

Comments

Fara Musa said…
buddy... dont worry. Tiket tu nanti akan diguna hjung thun kan. From my own experiences, I bought the tickets as soon as kita dapat takwim maktab. bila book early, at least dpat murah.Kalau x pun, you have to be crazy like my classmates and I, everyday we check for mas or airasia promotion.. :P
Sven Medyona said…
Alhamdulillah~they've solved the problem. I love Yusry and Rio, they do their job alright.
Sven Medyona said…
Alhamdulillah~they've solved the problem. I love Yusry and Rio, they do their job alright.

Popular Posts