PBS: Kesimpulan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Tanpa apa-apa pos terdahulu, saya simpulkan saja keseluruhan program. One word: great. Tidak sempurna, sekadar bagus sebab banyak kekurangan yang saya secara peribadinya telah lakukan. Tapi sudah namanya "pengalaman", maka pengalamanlah segala kesilapan tersebut. Cuma adalah beberapa kesilapan tu memang tidak patut berlaku. Seperti contoh:- membiarkan budak-budak bertarik rambut. Hahahaha. It was a good fight, though.

Setelah banyak belajar mengenai humanisme, dan tertarik dengan pendekatan ini, saya semakin berani menonjolkan pendirian saya. Saya tulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ikut cara saya sendiri, saya masuk kelas bercakap mengenai cita-cita dan kematian, saya semakin ramah, saya berbual dengan pak cik jaga; you know, all kinds of stuff a previous 'Yassin' wouldn't do. Memang humanisme lakukan banyak perubahan dalam diri saya. Alhamdulillah~

Menjadi humanis juga (jangan risau, saya humanis beragama Islam), saya mulai sedar bahawa dalam pendidikan, adalah lebih berkesan kalau kau mengajar mengikut kepala kau. Serius. Walaupun menentang sistematisme, rupanya itulah satu-satunya jalan keluar dari terperangkap dalam kerigidan sistem, mengembalikan ilmu kepada sifat asalnya: abstrak.

Saya diminta menggantikan banyak kelas, banyak masa. I was poor, very poor at handling kids, mereka neh tidak berhenti berlarian. Kemudian, dari situ, saya temukan teori baharu; murid kalau dia lompat-lompat masa kau masuk, maksudnya dia teruja. Dia suka kau. Dari sini saya tidak melihat kanak-kanak sebagai nakal tetapi ekspresif. Apapun, ini baru peringkat hipotesis.
Sesetengah guru juga saya nampak mengaplikasikan behaviorisme; buat kanak-kanak takut atau tunduk secara mediatif- dimarah atau menghadiahkan budak dengan ganjaran yang difikirkan sesuai dengan kelakuan mereka. Contohnya, memberikan mereka gula-gula kalau mengutip sampah. One thing, ia memakan kos; kedua, ia membiasakan murid-murid dengan amalan atas dasar materialistik; dan ketiga, cara humanisme lagi bagus. Kau tanamkan kesedaran dalam diri, dan mereka akan buat baik atas kesedaran sendiri, bukan sebab dapat gula-gula.

Postulasi 'penghapusan' dalam behaviorisme tidak komprehensif. Ianya menyamakan murid dengan anjing Pavlov atau tikus Skinner (jujur, inilah realitinya), bahawa murid melakukan atas kebiasaan dan ganjaran seperti mana haiwan lain, instead of kerana kesedaran sendiri. 'Penghapusan' berlaku kerana kanak-kanak telah dibiasakan dengan ganjaran. Cuba biasakan dengan aspirasi atau kesedaran, tak payahlah berbelanja berbalang gula-gula setiap hari, kan?

Tugas saya sebagai guru pelatih juga memperlihatkan kepada saya akan apa yang bakal saya hadapi; perit getir sebagai pendidik. Berbual dengan dua, tiga orang guru lama (old timer), saya baru sedar, the degree of mistake that I have done. Saya cuma boleh senyum separuh bila seorang guru kata, "Saya ni sudah menjadi guru lebih 20 tahun. Kalaulah saya boleh tukar kerja dengan tukang kebun tu, saya sanggup!". Seorang lagi kata, "Kenapalah kamu pilih perguruan?? Punyalah banyak kerja lain di luar sana!". Sangat memotivasikan ;)

Akhir sekali, saya mulai belajar mendekati kanak-kanak. Karier yang dahulunya saya anggap taboo kini saya boleh terima sepertiga jiwa, entahlah kenapa. Sama ada kerana cabarannya yang menarik atau intipatinya yang besar, atau sebab kepentingannya yang semakin jelas pada saya. Setakat ini, untuk keseluruhan PBS, saya berpuas hati.

Comments

hetty said…
Lagu sedap !
Anonymous said…
tahniah...anakku

Popular Posts