Menyimpan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Semalam berlaku suatu situasi yang sangat ganjil (bukan ganjil jenis seram-seram tuu), yang buat saya hampir menitiskan air mata. Insiden yang menyebabkan saya terimbau siapa dan di mana saya dahulu. Mulanya ingin terus memendam sendiri, mulanya segan dan tidak selesa untuk menceritakan, namun saya berfikir kalau tidak diluah makin tinggi tekanan dalaman dan barulah teringat blog ini ada. Hahaha-makan kuih banyak sangat, sampai lupa.

Masa saya kecil dahulu...

Ah, bukan dari situ saya ingin mulakan. Cukuplah dengan menyimpulkan yang zaman kanak-kanak saya kebanyakannya melibatkan penghijrahan dan perpisahan dan air mata yang banyak. Utama sekali, melibatkan kemiskinan yang saya doakan tidak akan menimpa orang lain. Amin~

Tapi orang kata, besi tidak akan jadi kereta andai tidak ditempa, arang tidak akan jadi permata jika tidak ditekan dan dikenakan haba, dan air tidak akan murni jika tidak dipanaskan atau diosmosis semula (apa bendalah analogi saya neh); oleh itu saya sentiasa optimis bila melihat luka sendiri, kerana semua inilah yang membentuk saya sekaran:- yang... bolehlah, bak kata Matlufi.

Orang kata lagi, kalau kamu ingin berubah kepada kebaikan, menoleh ke belakang hanya akan melemahkanmu. Ini kerana seperti berhadapan dengan lautan biru gelap dosa yang tidak akan mampu ditutup dengan segala usaha. Angin ribut yang bertiup, bersiul di telingamu hanya menyejukkan tetapi langsung tidak membantu. Beginilah perasaan saya.

Saya kini...

Maka, saya jarang menoleh ke belakang. Hanya apabila Puan Normah menyuruh untuk mengingat semula bagaimana KBSR dijalankan, barulah saya pusingkan kepala, selongkar semula cerita-cerita yang berdebu. Itupun, saya akan cuba sedaya-upaya untuk tidak mencuri pandang bayang-bayang diri saya yang dulu, yang sedang berdiri menunggu waktu diseru. Dan semalam...

Mungkin bukan waktu ang sesuai untuk saya menulis picisan begini, memandangkan pelita raya masih marak nyalaannya. Semacam tida menghormati pula keputusannya untuk terus bercahaya demi Aidilfitri. Tetapi apa boleh buat, andai dipendam saya akan menipu diri pula, berlakon gembira.

Comments

Anonymous said…
Asiinnn~~~

Malas mau log in, tapiiii...

BE STRONG!!!

Banyak pengalaman lalu kita macam lebih kurang jaa.. Jadi ada sesetengah benda yang ko lalui sy rasa cam bleh relate..

Bukan semua keadaan, of coz, so, I can't really say "I know, I understand.."

Tapi yalah, macam yang ko cakap, JANGAN MEMENDAM kann.. Kdang2 kalau rasa nda tertahan, luah jaa. I'll try to be there, cuma kalau nda percaya tuu, try la talk to someone yg ko lebih percaya, AND OF COURSE, talk to Him, itulah antara nasihat paling berguna yang ko and beberapa kawan yang lain pernah bagi sy.. :)

P/S: Sy nda suka word verification. Mau 3-4 kali sy buat nda pass2.

"Please prove you're not a robot" --- Adakah... Ini... Sy ni robot tanpa sy sedar???

Popular Posts