Tidak Pernah Cukup

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
"Seandainya anak adam memiliki emas segunung Uhud, pasti dia akan lebih senang seandainya memiliki dua emas segunung Uhud, dia tidak akan merasa cukup melainkan tanah telah memenuhi mulutnya, dan Allah akan memberikan ampunan kepada siapa saja yang bertaubat."

- HR. Bukhari, Muslim, Ahmad dan ad-Darini
Kalau Nicholas Taleb, ahli falsafah menggelarkan ia sebagai 'swimmer's body dilemma', saya menggelarkan ia sebagai 'Keterbalikan'. Keterbalikan ringkasnya adalah suatu fenomena yang mana, kewujudan atau keadaan sesuatu, tidak selaras dengan fungsi asalnya.

Contoh: Universiti Harvard sepatutnya menjadikan manusia pandai. Namun, universiti tersebut hanya menerima manusia pandai. Maka, kecemerlangan Universiti Harvard bukan sebab ia mampu menghasilkan pelajar pandai; ia demikian kerana memiliki manusia pandai.

Contoh berikutnya: wang. Wang sepatutnya memudahkan hidup manusia, membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan dan kerisauan. Yang berlaku sekarang sudah terbalik; wang menjadikan manusia sentiasa gusar dan takut berhadapan kehidupan.

Banyak benda yang boleh dirisaukan dalam dunia neh, tapi jangan sebabkan kerisauan itu pencetus kepada keterbalikan. Dan selamat berbuka puasa!

Comments

Popular Posts