Macam Mana Islam Itu Mudah

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Memandangkan "kerja belum bertimbun" dan "masa sangat terluang", saya mahu tulis entri. Kebelakangan ini, hanya jemari saya seorang yang rajin benar menulis entri. Yang lain mungkin sibuk menulis rancangan pengajaran, menggunting lembaran kerja, membina alat bantu mengajar dan et cetera. Kita tinggalkan mereka dengan kesibukan mereka.

Islam = Susah (??)

Pertama sekali dalam Islam yang susah bukan percaya, tapi menimba ilmu. Like, ilmu yang sebenar-benar ilmu. Sebab itu barangkali ayat pertama yang diturunkan adalah "Bacalah!" dan bukan "Berimanlah!" atau "Yakinlah!" atau "Kerjakanlah!". Daripada menimba ilmu, kefahaman diraih dan pengamalan agama (ibadah) dirasakan lebih nikmat dan memberi kesan.

Kedua, dalam mengamalkan. Banyak daripada ajaran Islam terlalu sukar dilakukan dalam konteks hari ini. Saya tidak kata Islam tidak sesuai, tetapi cubaan dan halangan yang mendatang menyebabkan orang yang betul-betul boleh melaksanakan prinsip-prinsip Islam dianggap sebagai golongan istimewa. Sebab itu Rasulullah SAW mencintai umat akhir zaman.

Mulut kita senanglah kata, "Islam itu mudah!", tapi perlakuan-perlakuan kita secara tidak langsung menunjukkan sebaliknya. Perihal mengumpat contohnya, yang kita bahasakan sebagai 'gosip' atau "ini bukan mengumpat, ini kebenaran"; semua kita setuju ianya haram. Tapi itu jugalah santapan rohani dan lisani kita, meskipun dalam bulan Ramadhan.

"Tidak dua orang sahabat saling berkasih sayang, melainkan Allah lebih Menyayangi salah-seorang daripada mereka yang lebih besar kecintaannya terhadap yang satu lagi". Pandai benar mengangguk kebenaran hadis ini. Hakikatnya, kalau betul prinsip ini mudah, mengapa tidak dijalankan? Adakah kita mencintai sahabat lebih berbanding mereka mencintai kita?

Islam mudah kerana nikmatnya


Nikmat menjadi seorang Muslim, I can't think of a suitable word to even begin describing the ni'mah. Kita pandang enteng saja semua perkara, padahal, keIslaman kita yang taqrir sebenar-benar, adalah jauh lebih berharga berbanding seluruh isi alam. Nikmat inilah yang membawa kita kepada nikmat yang lebih besar dan mulia, faudzul adziim wal kareem, yakni syurga.

Mungkin sukar untuk tidak membalas dendam. Mungkin sukar untuk tidak marah, dan memaafkan mereka yang melakukan kesilapan atau mengambil kesempatan atas mujahadah kita menjadi manusia bermanfaat. Mungkin sukar menegur mereka yang melakukan kesilapan, sedangkan diri sendiri banyak melakukan dosa. Tapi itu hanya proses dan bukan hasilnya.

Percayalah, Islam itu mudah, tidak susah, kita yang selalu menampakkannya susah.

Comments

Popular Posts