"Masjid"

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Raya tahun ini agak suram tanpa gelak ketawa adik-beradik. Mula-mula ingat boleh tempuh dengan kuat, rupa-rupanya masih boleh jatuh juga. Tapi tidaklah sampai berguling-guling menangis, sekadar mengesat air mata. Teringat bahawa untuk ada waktu Aidilfitri perlu menunggu lebih kurang 360 hari lagi. Baiklah, ayuh mulai mengira semula: 359, 358, 357...

Saya nampak masjid dibina merata-rata. Di Sabah satu, di Sarawak satu, di Utara satu, di Johor barangkali, tidak lama lagi, satu. Saya mahu ada masjid sendiri, yang saya gubah hiasannya, saya jaga penduduknya dan imarahkan dengan cara saya sendiri. Tetapi lesen memandu pun belum ada, menabung pun belum pandai. Kertas kerjanya pun belum siap.

Bina masjid bukan perkara main-main. Kalau mahu bina masjid, perlu perancangan, tidak kiralah betapa kuat pun kau berpegang pada takdir. Kau bukan main dengan anak patung, kau main -- uhm -- menguruskan anak orang. Bakal ibu atau ayah kepada anak-anak kau. Tengok cara didik anak yang bagus, seorang lelaki oversea. Tonton videonya lain.

Saya tukang letak bata-bata saya sanggup. Tukang sunting tumbuh-tumbuhan hiasannya saya rela. Saya suka tolong bina masjid, walaupun takut menyampuk. Yalah, masjid orang. Kau nak, kau bina masjid sendiri. Hahahha. Mohon maaf ampun buat yang terasa.

Comments

Popular Posts