Kehidupan Setakat Ini

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Suatu ketika dahulu, selalu berangan-angan jadi pengembara. Jap; masihlah!
Terima kasih kepada FarahFoxy, ZudienJiwang dan NadiahJoliey kerana update blog selalu. Perlahan-lahan sedikit, susah mahu baca kalau laju betul buat entri. Bhahaha. Jadi, memandangkan masa puasa ini banyak masa terluang, semakin keraplah juga saya menghabiskan masa di sini. Saya rindu masa blog neh hari-hari boleh update.

Kehidupan setakat ini

Belum lagi sibuk. Tapi hari-hari kelas sama ada ditunda (lalu berkumpul) atau ada. Masa kosong hari Selasa penuh dengan tidur. Tidur adalah perbuatan manusiawi kedua paling memuaskan selepas makan. Kalau perut kenyang lagi sehabisnya sahur, lagilah tenteram berkemul dalam kain batik saya (selimut saya kain batik ungu berbunga hijau).

Bila Ramadhan, saya selalu mengenang keadaan dulu di KL. Ke Sogo, ke Times Square mencari kedamaian di sebalik lipatan baju-baju baharu dan seluar yang digantung pada rak masing-masing. Dalam bau fabrik dan tekstur t-shirt serta coraknya. Pada orang yang diperhatikan sibuk memilih busana untuk hari raya. Masa tu, update memang selalu.

Zudien Jiwang dan motornya. Pengalaman atas motor ini pun, boleh tulis buku banyaknya.

Sekarang, saya tak pasti kalau ini betul-betul Gucci. Tapi dalamnya dia tulis 'Made In Italy'. Jadi...
Rindu saya di KL bukan kerana kemurahan barang di sana ataupun elaunnya yang lebih RM600.00. Mungkin ada sikitlah. Eh, mungkin rindu besar juga. Hahaha. Tetapi paling saya rindu adalah rutinnya. Freakin awesome, man. Di mana kau boleh tengok wayang selagi kau berduit, ke Times Square dalam masa kurang lima belas minit perjalanan.

Huuuuuuuuuuuuh~ke Times Square memang pengalaman sukar dilupakan. Perasaan saya sekarang, jujurnya, gemuruh dan jantung berdebar-debar teruja, cukup mendengar perkataan Times Square. Saya dan Times Square berkawan baik. Dia faham perasaan saya, dia mengerti kehendak saya. Tapi dengan sedikit pelaburan duitlah. Alih-alih balik bilik dompet kosong.

Ke Tesco satu lagi. Restoran mamaknya yang "mamak mahal". Kedai haiwan peliharaannya. Di depan kedai tuu ada kerusi urut, di sebelahnya kedai alat tulis dan hadiah beli-belah. Ada keretapi kanak-kanak. Di situ juga saya nampak hottest babe: Volkswagen (baca: Folks-va-gen) Polo. Ada Dunkin Donuts. Ada ramai orang yang turut mencintai bangunan itu.

Selalu bayangkan hidup di tingkat paling atas.

Harga kucing dia, though. RM3200.

Comments

Popular Posts