Komer-sial? Bukan... Upaya Menjadi Manusia

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Kemelut hidup, bagi sesetengah penulis, adalah lubuk inspirasi untuk terus menekan papan kekunci dan memuntahkan refleksi mengenainya. Dunia ini begitu mementingkan sekali fiskal dan finansial, sampai kesedihan pun boleh dikomersialkan. Tapi bagiku, saban beberapa tahun berhenti mengarut dan mencarut di sini, kemelut hidup itu seakan menjadi suatu harta personal. Suatu hakmilik peribadi yang aku terlalu tamak untuk gagaskan jadi naskah renungan lalu jual. Aku tidak suka kemelut hidupku dihadam lewat semangkuk bertih jagung mahupun segelas coklat susu panas. Ya; aku kedekut sama rasa sendiri.

Beberapa tahun ini, wahai blog, aku sudah patah hati banyak kali. Oleh kawan, oleh pasangan, oleh masa depan dan semestinya--oleh pentadbiran--sampai aku sudah hilang kira berapa liter air mataku gugur. Mungkin sekali kerana itulah; aku mulai mengabaikan peri pentingnya meluahkan segala rasa terkilanku ke dalam blog ini. Padahal semenjak masuk maktab bersambung menjejak alam pekerjaan, di sinilah aku membuka empangan rasa sampai banjir mata dan basah jiwa. Mungkin aku perlu pulihkan tanggapanku tentang idea kedekut perasaan sendiri. Mungkin aku perlu berani jadi Sven Medyona kembali.

Janji, Sven?


Tidak. Ini bukan janji, ini sekadar sematan hati. 2024 barangkali tahun yang manis buat sisiku yang gemar mencatit dan menganekdot ketentuan hidup. Aku tidak sanggup berjanji kerana sudah lebih sedozen kali aku berjanji untuk terjun ke alam penulisan semula. Aku takut nanti ada dalam kalangan kalian yang menghantar jin rajin supaya tanganku gatal dan otakku berpusing tanpa henti sehingga aku terdesak untuk menulis. Aku tidak mahu alat suci--penulisan--ini dipakai saat dipaksa. Berdosa, aku rasa. Seperti memperkosa. Ahahahaha. Binawehnya analogi.

Pada nota lain aku untuk menyatakan: bahawa Israel Zionisme adalah kejahanaman, kelaknatan, kejahatan, kezaliman dan kebodohan tingkat paling tinggi. Tiada amaun cemuhan yang mencukupi untuk menggambarkan betapa dalam kebencianku kepada idea kufur itu. Aku harap peristiwa keruntuhan Zionisme sempat aku saksikan dalam jangkahayatku, agar kalaupun projek menulis semula ini gagal, setidaknya adalah benda bermakna yang berlaku sepanjang aku hidup. Dan hei, kamu--para penyokong dan apologetik idea jijik itu--semoga kau dinuklir di akhirat sana bersama Benjing Setanyahu.

Comments

Popular Posts