Pencadang


ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


"Jangan lupa dhuha!"

Saya ada berbual dengan Izzuddin mengenai pilihan-pilihan dalam hidup masing-masing. Saya buat pengakuan; barangkali lebih 60% perkara yang saya pernah capai adalah atas desakan dan kerahan orang lain. Mengasaskan kelab orator? Dr Faridah. Menulis buku? Lucy Montk dan Aizat. Menjadi cikgu? Ibu dan ayah. Di akhir perbualan kami, Izzuddin menyebut apa yang pernah disebutkan oleh kawan saya yang lain, sepuluh tahun dahulu: melalui paksaan, kita belajar untuk rela. Ikhlas datang daripada pengulangan.

Saya tidak tahu kenapa orang lain saya anggap terlalu 'suggestive'. Apa yang orang kata berkenaan diri saya, terasa amat tepat. Apa yang orang cadangkan, saya selalu utamakan berbanding apa yang saya ada dalam kepala. Mungkin kerana masa lampau saya yang bergelumang catitan-catitan abusif. Lalu dari situ saya membentuk inferioriti diri yang akhirnya menjadikan saya seorang yang lemah dan bergantung kepada pendapat orang lain.

Bersyarat

Tapi tidak semua orang dengan sesuka hatinya boleh mempengaruhi saya. Mereka adalah orang yang sangat saya hormati dan sanjung tinggi. Tidak kisahlah saya mengenali mereka atau tidak. Saya nilaikan kepercayaan pada apa yang mereka perkatakan sehari-hari. Tadi di Instagram, ada seorang lelaki pemengaruh sosial ('social influencer') suruh saya dhuha. Terus saya fikir: "Eh, baik". Saya tak kenal pun dia. Tapi dia pernah menggamamkan saya dengan satu video motivasinya. That's all it took. Terus saya percaya pada cadangannya.


Comments

Popular Posts