Tidak Bisa Membuatkan Mereka Mengerti

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


















"Apa aku cakap pasal mempercayai orang lain? Jangan selalu!"

Apabila kita berkenalan, mana lebih salah: membawa tujuan tertentu, atau tidak mempunyai tujuan apa-apa? Pada saya, manusia berkenalan kerana dia ingin mendapatkan konfirmasi tentang kepercayaan-kepercayaan terbesar dirinya. Orang yang tidak mampu memberikan pengabsahan ini, digelar sebagai 'manusia toksik'; golongan yang kononnya tidak mahu melihat kita bahagia. Lantas, bersahabat hanyalah suatu langkah memuaskan egoisme dna narsisisme kendiri. Kalau tidak percaya, cuba tanyakan dirimu: kenapa tidak semua orang kaujadikan kawan? Nampak kan, kawan-kawan, apa yang saya maksudkan?

Bukan semuanya real

Ini mungkin kedengaran seperti kenyataan dari pos seorang remaja yang baru mahu berkecimpung dalam bidang penulisan perasaan. Tapi benar, yang kaukenal dan kaukawan bukan semuanya tulen. Ada yang berdamping sekadar untuk mendapatkan konfirmasimu (sepertimana kau ingin mendapatkan konfirmasinya). Tikamana kau tidak bersikap menurut apa yang dia anggap sebagai 'sahabat baik', dia akan meninggalkanmu, atau buat-buat sibuk dengan hal-hal lain, hanya saja supaya kautidak mencarinya untuk menenangkanmu.

Yang real adalah yang menanyakan khabarmu, mendokongmu, bilamana kegusaran eksistensial melanda. Merekalah yang meluang masa mendengar keluhanmu, yang menghulurkan nasihat demi nasihat supaya kauteruskan saja baki kehidupan tanpa perlu menamatkannya awal. Mereka orang yang menyatakan "aku akan separuh gila tanpamu". Mereka datang ke bilik, memujukmu dengan perkataan yang matang dan logik, bercampur jenaka; lalu membuatkanmu tertawa seperti kesedihan tidak pernah singgah.

Lagi-lagi...

Mereka juga insan yang mengingatkanmu tentang kewujudan Tuhan Maha Penyayang. Apabila dua orang kenalan bertemu dan berbincang tentang Tuhan, biarlah terbelah dunia sekalipun, seperti sebuah kudup mawar yang baru mekar, pasti pemijakan mereka tetap kukuh dan nyata. Kerana Tuhan juga yang mengizinkan semuanya, maka apapun yang alasan alam semesta untuk musnah, pasti dua kenalan tadi tetap saling mengingati bahawa ianya sudah Dia takdirkan untuk terjadi. Lalu, apa yang perlu ditangiskan lagi?

Tanggungjawab

Justeru, bukan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengerti sepenuhnya akan dirimu. Dan bukan juga tanggungjawabmu untuk membuatkan mereka mengerti. Seerat manapun bintang kepada langit, pasti akan terpisah juga suatu hari nanti. Tanggungjawab kita adalah untuk mengerti apabila mereka ingin pergi, atau perlahan-lahan melupakanmu. Perubahan adalah hal yang kejam, namun begitulah semua perkara hebat terjadi. Kalau dia kekal di sinipun, itu hanyalah tuah kalian. Peliharalah hubungan tersebut sebaik-baiknya.

Comments

Popular Posts