Resiprokal

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Apa yang akan ada di dadamu, tika kau berhadapan murid-muridmu?

Saya punya idea yang kurang mahu didengar, terutamanyaoleh golongan elitis, teknokrat dan birokrat serta 'erudite' bangsawan. Saya tidak pernah berharap untuk didengar, namun tidak juga melepaskan sebarang harapan agar ada yang sudi mendengar. Bahawa keseluruhan sistem pendidikan kita sepatutnya membolehkan murid-murid menyelongkar tiga perkara paling penting dalam hidup mereka: kecenderungan dan potensi, impian dan hala tuju serta adab-adab asasi selaku manusia. Kenapa ini akan ditolak? Ia revolusi maha gila!

Skor yang tertera pada kertas soalan yang telah disemak bukanlah ukuran kegagalan atau kelulusan, namun ukuran ketiga-tiga perkara tersebut. Serta, kita perlu sentiasa tegas dalam menggubal soalan-soalan yang menjurus kepada mendapatkan resolusi untuk ketiga-tiga rukun hidup itu, biarlah betapa sukar pun kertas soalan itu jadinya. Saya juga percaya, suatu kertas ujian perlu dinilai lebih dari satu spektrum, atau perlu hanya ada satu kertas sahaja yang mengintegrasikan kesemua yang telah murid pelajari. Insan yang kenal diri boleh dibina.

Tapi saya, siapalah. Seorang guru yang baru enam bulan bekerja. Nantilah bila naik sikit ke hierarki, saya akan gunakan pistol 'conscientization' untuk menembak jiwa-jiwa beku mereka. Hahahaha. Bongkak dan imaginatifnya. Kerja hari-hari pun malas-malas saja, macam mana mahu merubah sistem? Tepuklah dadamu Yassin, dan tanyalah akalmu. Kau sudah dewasa.

Selamat Hari Guru semua! (Kalau mahu berubah, mulakan dari kecil ;])

Comments

Popular Posts