Lagu & Irama

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Serius neh, kawan. Macam hendak menangis bila setiap kali melimpasi blog ini (dan blog satio-sven). Apakah yang telah berlaku kepada Mohd Yassin bin Mohd Yunus a.k.a Sven Medyona, sampaikan semesta mayanya ini tidak terurus bahkan terus dibiarkan melapuk tanpa sebarang entri baharu? Sudah gila, agaknya. Macamlah ada kekasih hati yang perlu diheret ke sana ke mari, sampai dia sibuk, hendak mengerling laman perasaannya inipun tidak sempat.

Ker, dah ada? Ibu di rumah sudah tidak sabar beraya dengan anak cucu. LOL.

I used to write a couple of posts everyday. Ada suatu hari tu, entah jin mana yang merasuk, sekali sepuluh pos dia sumbat. Pembaca pening. Masa tuu, anggap blog ini signifikan kenen, dibacai ribuan orang (padahal 4S dan beberapa kawan rapat lain jaa yang baca). Tapi bila kita besar -- biarpun dalam waktu sesingkat tiga, empat tahun -- kita mulai kenal langit itu tinggi dan laut itu dalam. Mulai rasa kerdil teramat dalam dunia yang sangat luas.


Menjadi diri ini aktif kerana mulai belajar untuk membaca dan mendengar, kurangkan bercakap dan kurangkan bercerita perkara remeh (dulu, umpat ketupat berlian bagai rak di dalam blog pasal kawan itu dan ini). Saya mulai belajar untuk tidak menghakimi, "mencari pasal pada semua yang dikenal" dan mendalami budi diri. Terkadang loss jugak, tapi biasalah. Kalau mencari-cari diri tuu tak loss, maknanya kau punya jalan hidup bosan.

Dan ya, pasal buku yang saya janji akan siapkan. Kawan-kawan, menulis bagi saya bukan kerja senang. Kena fikir kesan kepada pembaca. Kena semak puluhan kali untuk pastikan integriti penulisan. Kena teliti semula narasi, kalau cara ini digunakan. Paling utama, kena ada pengalaman bercerita dengan manusia. Timba ilmu hanya boleh dipelajari melalui kajian sifat terhadap a'rad jism. Hah, dah mula nak tunjuk pandai dalam tasawwuf. Benci aku.

Tak nak ah, jadi penulis popular yang asyik-asyik cerita lucah dan manusia-manusia bertelanjang. Konon nak bedah eksistensialisme, konon nak gerak antitesis, padahal semuanya keserakahan pendapat. Ya, ini kritik sastera untuk dua orang penulis terkenal tanah air. Okay, maaf terlencong. Apapun, intinya, kena tunggu lama-lama. Nak peram ilmu. Nak pusing satu Malaysia (not to be confused with 1Malaysia) dan duduk dengar orang berbicara.

Paling awal pun, dua-tiga tahun. Nah, teaser!


Comments

Popular Posts